: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Perempuan. Show all posts

Monday, December 12, 2011

200 : Fakta seorang perempuan

Assalamualaikum . Selamat malam.

Bercerita tentang perempuan , perempuan juga mempunyai kelebihan .

Sila baca fakta ini .


-Perempuan yang confident dengan diri sendiri akan kelihatan seksi !

- Perempuan yang cantik tak semestinya lawa . erkk . cemane tuh ???

- Perempuan yang berkaliber adalah perempuan yang bekerjaya .

- Perempuan yang murah dengan senyuman tak cepat nampak tua

- Perempuan yang baik akan menutup auratnya, tapi tak semua perempuan yang menutup auratnya adalah perempuan baik

- Perempuan yang pandai masak adalah calon idaman lelaki untuk dibuat bini

- Perempuan yang cantik hati dan budi bahasa lebih baik daripada cantik rupa

- Perempuan yang berani akan membuatkan seorang lelaki teruja ! Macam bini biniku gangster

- Perempuan dikatakan seperti iklim khatulistiwa .

- Perempuan akan kelihatan cantik apabila berbaju kurung

- Perempuan juga dikatakan mampu menggoncangkan dunia .

- Perempuan ada 1 perasaan yang sukar untuk lelaki tafsirkan

- Perempuan lebih suka straight to the point

- Tak semua perempuan yang tahu berdikari


DAN ITULAH DIA PEREMPUAN

- seorang bidadari dari tulang rusuk seorang lelaki





- sekian -

Wednesday, October 19, 2011

Bestie part 1


Assalamualaikum. Selamat petang .


Petang2 nih tetbe hati terpanggil untuk menulis tentang someone yang aku rindu gak lah. Sapekah ? Hehehe . My bestie laa . Ada 2 actually. Firstly aku nak cerita pasal sorg bestie aku dari sekolah rendah nih... Her name is Linda

Bermulah kisah ...

Aku kenal dye nih lame dah. Almost 9 years since aku pindah ke kajang. Lame giler weh . Actually, ktorg nih 1 kelas. Maklumlah, aku kan budak baru masuk, kompem2 laa aku tade kawan lagi n sure laa aku segan2 cket. Hehe. So, geng2 dye laa yang start kenal2 aku dulu. in Year 5, aku tak rapat sangat n mula rapat ble masuk year 6. Mase tuh aku ingat lagi kitorg dah tak 1 kelas, walaubagaimanapun, kamceng gak laa. Rehat same2. Paling tak lupe bila ktorg ade basikal same2, eksen giler p naik basikal pegi sekolah, balik sekolah. Berlanjutan sampai aku form 3 where we're state in the same secondary school.

Terlalu banyak kenangan yg kami simpan sepanjang persahabatan nih. Dengan dye laa slalu kongsi kegembiraan, dgn dye jugak tempat aku nangis n macam2 lagi laa. Dulu, asal hari khamis je, mmg x kan miss laa pegi pasar malam yg dekat dgn skolah kami tuh. Punye laa count down plus excited habis nak tunggu hari khamis. Tak boleh blah kan . Benda yang wajib kami beli pulak air soya, keropok lekor, dan roti john. Haha.

Okay, dgn dye jugak, aku berani melangkah ke CC . Org ckp, mat2 rempit je slalu lepak kat CC tapi we don't care. Ktorg bukannye buat maksiat pun pg sane. Just surfing internet nak buat kerja kursus sebab zaman tuh, rumah aku ngan dye tade talian internet kat rumah. First time masok CC, too scared okay. but after 2 or 3 times, baru okay cket.

Aktiviti slalu buat pas balik sekolah, mesti singgah kedai buku EA . Aku pun tataw apesal aku nih suke singgah kat situ. Nak kate barangnye murah, tak jugak laa. Tp best. Tauke Kedai buku tuh pun dah biase dah nengok muke kami. Sometimes, its annoying, right ? HAHA

Mase habis PMR, kitorg decide konon2 nak masok sekolah teknik yang sama, Taknak berpisah le konon2nye lah kan sebab aku nak avoid from carry biology and EST subject. Last2, ktorg decide untuk pilih sekolah teknik di negeri sembilan. Aku pilih SMT tuanku jaafar n dye pulak SMT kuala klawang. Tp course yang ktorang amek sangat berbeza. Rezeki kami murah dan berjaya masok ke sekolah yang kami pilih. Masa tuh sedih kot sebab first time aku rase jauh giler dari dye. Tapi tape, tetap dalam 1 negeri. Bila cuti, boleh je jumpe. Bila outing pun. Even, we're at different places, but our friendship were never end. And, i'm proud of it.

Habis je SPM, too pity when she got unexpectable SPM result. Its same goes to me. Melalak aku weh , 1 minggu muram je. Mengalahkan org hilang anak dah . But alhamdulillah, i still had a chance to futher my study. Em. Back to my friend, she were very sad and after a few months later, her father had passed away. AL Fatihah. Since that, she dont want to further study because she wanted to take care of his mother and in addition, her mother were sick. Walauapepun, aku tengok dye tuh tabah je dengan dugaan yang menimpa. Tabik triple spring laa babe !

We shared everything. I do lean my ears for her everytimes when she needs me till now. Dye pun same. Susah ke senang ke, dye mesti ada dengan aku. . Aku ade masalah ngan sape2 ke, mostly aku cite . Bile aku rase tak tenang, aku tanya dye macam dye ade je jawapannnye. Gelak same2, Seingat aku, kami tak pernah bergaduh, apetah lagi bermasam muke. Kalau aku marah kat dye pun, kompem aku gelak balik. Macam tuh gak dye. Tak penah amek pusing pasal marah aku, marah dye. Masalah dye, masalah aku jugak. Bergossip pun same2. Haha . Normal okay .

Perangai kitorang hampir same, ape yang aku suka, dye pun suke. Kat mana ada dye, kat situ aku ada. Family ktorang pun dah saling kenal. Kami datang dari latar belakang kehidupan yang hampir sama, kami tak kaya, tak jugak miskin. Sebab tu laa kami 1 kepala.Teringat pulak, bile aku nangis sekarang nih, dye mesti cakap, " Aina, kau bukan yang aku kenal dulu. Aina yang aku kenal bukan kuat nangis, tak mudah mengalah. Orang lain pun x penah nak pijak kepale kau. Tapi kenape aku tngok kau dah lain eh ? Ohh, mesti sebab aku takde kat sane kan ?". Haha. Ayat ni laa yang selalu buat aku senyum balik. Segala bende yang dye cakap akan buat aku bersemangat untuk terus berdikari. Kalau ttbe aku call dye, mesti dye cakap, "kau okay tak ? Aku tau kau tak okay, now tell me why ." Dye macam boleh bace je ape dalam fikiran aku.

A few month after i further my study, she told me that she were engaged soon. Ya allah, alhamdulillah. Finally you met your future husband. Macam tak caye je kawan aku nih dah nak bertunang . i felt very sad because i not attend to the engagement because i had to sit an examination. But when she got married, i attend the ceremony. Paling tak boleh tahan, dye nak jugak aku jadik pengapit dye. Alahai, dah laa aku nih comel sgt kan. Ehem2. Rase nak muntah hijau tak ? HAHA . Sweet giler aku time nih. angguk laa cket.

Even dah ade suami pun, dye tetap tak lupe nak beraya kat umah aku. Terharu sungguh weh . Sekarang nih, my bestie bakal melahirkan baby boy pada awal bulan 12 nih. Oh yeahh, tak sabar rasenye. Cehh, bajet macam aku je yang nak beranak cik aina oii. Kawen pun tak, berangan je lebih. Aku doakan kau selamat ye bestie. Friendship forever.

Pape pun aku rase sangat bertuah sebab ade kawan yang macam dye =)

Sunday, March 13, 2011

Tentang perempuan

Hello hello . Lame jugak tak menaip entri untuk belog nih kan . Tiba tiba rase nak kongsi perkara WAJIB . Iya . WAJIB tentang seorang perempuan .

1. SHOPPING ! Yeah . sangat sinonim dengan perempuan

2. BERSOLEK . Erkk. Mesti lah orang perempuan yang bersolek. Takkan lelaki pulak kan.

3. BAJU, KASUT DAN HANDBAG. Barang feveret untuk seorang perempuan.

4. RAJIN. mostly laa perempuan nih rajin.

5. BERGAMBAR.memang tak dapat nafikan perempuan memang suka bergambar

6. MENANGIS. perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki.

7. MANJA. sifat semulajadi perempuan


okay . 2 je yang ingat .

Saturday, January 22, 2011

siswi perlu bijak tentu masa depan

Salam semua . Wah , dah tengahari nampaknya . Masa berblogwalking sambil sambil baca Harian metro , aku sangat tertarik dengan artikel yang bertajuk " Siswi perlu bijak tentu masa depan " . Untuk maklumat lanjut , sila tekan sini

Berdasarkan artikel kes seorang siswi yang ditinggalkan oleh suaminya ketika sedang sarat mengandung yang disiarkan semalam, aku ade rase sedikit kasihan bercampur simpati kepada mangsa . Memang tak patut pun laki dia tinggal dia macam tuh je dan aku rasa sedikit terkilan laa dengan sikap sesetengah pelajar ipt sekarang . Bertindak tanpa memikirkan implikasi untuk jangka masa panjang . Andai ditakdirkan jodoh pada waktu muda , perlulah bersedia daripada awal dan sentiasa memupuk bertanggungjawab dalam diri . Jika tidak , inilah yang bakal terjadi .Siswa Siswi adalah penentu masa depan negara . Jika hidup mereka hancur , bagaimana pula masa depan negara ?

Tapi aku pelik , semakin ramai pelajar ipt yang berkahwin semasa dalam pengajian . Ada baik dan buruk sebenarnya . Tapi . .no komen

Jika nak berkahwin awal , carilah pasangan yang boleh menjaga anda sepanjang hayat dan sentiasa bertanggungjawab . Jangan mengharapkan kekayaan sebagai pilihan utama dalam mencari pasangan .

psst ; lelaki yang baik adelah untuk perempuan yang baik . begitu juga sebaliknya .



renung renungkanlah dan selamat beramal :)

Friday, January 21, 2011

Perempuan vs Shopping


salam semua . Perempuan vs Shopping ? Haa . tu laa yang aku dok sebok nak cerita nih . Perempuan , sememangnya dilahirkan dengan 9 nafsu dan 1 akal sahaja . Kalau nak bercerita pasal 9 nafsu nih , memang panjang berjelaa . Okay . Perempuan dengan shopping cukup sinonim . Tak dapat nak dipisahkan . Lokasi ? dimana mana sahaj . Macam aku ngan kembar gengpen aku , kat koperasi maktab pun pun bole nak window shopping . Korang penah buat ke? Try laa . Best . Hahaha .Ada duit ke , tade duit ke , weekends girls ni mesti pergi shopping mall jugak . Macam aku laa . Bila tade duit , window shopping je . kalau duit berkepok , kompem laa beli macam macam kan ? lagi lagi bila ade sale . Tuh sangat melemahkan lutut kaki aku dan semua kaum hawa ini . Rambang mata betul . Setuju ? Adat laa tuh . Lumrah manusia yang berjantina perempuan . Lelaki ? Hey hey . Lelaki pun suka shopping tau . Jangan tak tahu pulak . Tak puas hati ? Pegi tanya lelaki yang kat luar sana . Tapi tapi tapi .. Cara perempuan dan lelaki bershopping sangat berbeza mengikut jantina , dan umur .

Aku sangat suka bershopping makanan . Beli itu , beli ini . Nampak yang murah cket , beli . Padahal tau aku tak makan sangat . Dan last last tak termakan pun . Membazir je kan . Tapi tuh dulu . Sekarang dah beringat dah . Tak buat macam tuh lagi . Apa yang penting , untuk keperluan aku dan kehendak sampingan aku takkan abaikan . Aku pun bukan jenis berkira duit sangat . Selagi ade duit , gunakan dengan sebaiknya . Janji takkan membazir . Kalau terlalu berkira soal duit sampai kempunan nak merasa itu ini , baek tak payah. Sebab aku dah pernah rase . Berbelanja dengan cara berhemah . Baru tak menyesal . Okay . Apa yang dibeli bukanlah jadi soal utama , yang penting ianya berguna dan tidak melebihi dari kemampuan kewangan anda .


psst ; kenape orang tua suka mengorat anak dara orang ? hmm