: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label sukaSUKA. Show all posts
Showing posts with label sukaSUKA. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

HOT STORY ! Faktor untuk menjadi perompak yang berjaya.

Assalamualaikum and happy saturday !

Faktor perompak yang berjaya

- menonton filem rompakan
- ade taekwando
- licik
- berpengalaman
- cekap
- muka violent / berbirat
- mempunyai tubuh yang besar
- ade geng
- hati kering
- pandai berlakon
- dll

okay, cube korang tukar perkataan PEROMPAK tuh dengan pelajar . Agak2 boleh gune tak ? Selamat mencuba :)


pssstt ; motivasi dari Murid Dan Alam Belajar

Tuesday, June 14, 2011

Minggu kedua cuti

Salam semua . Minggu kedua , semua berjalan dengan lancar . Agak sibuk di hujung minggu kerana menghadiri undangan majlis perkahwinan sepupu sepapat terdekat . Ada jugak yang tanya bila aku nak kawen . Hello , umur baru 20 lah . Aiyyaa .

Okay , rindu semua orang . Siyesly , cuti nih aku hanya memerap kat umah je . Baik kan . hehe .

Okay , aku nak cakap sikit lah . Kau semua ade facebook kan ? okay , Kalau kau tak suka someone tuh , tak payah laa kau nak tunjuk sangat cara kau macam nak carik gaduh tuh . Faham tak faham tak ? Tak faham eh . Okay , maksud aku , janganlah sampai nak memBLOCK facebook musuh kau tuh . Memanglah itu hak kau tapi nak tak aku suggest kan langkah terbaik ? Okay kalau dulu kau penah friends dengan dye , ape kate kau deactivate je teros facebook kau , so kau takkan tengok lagi orang yang kau tak suka. Lagi 1 , kau buat je akaun baru menggunakan nama yang dye tak tahu n jangan guna gambar kau . Bernas tak idea aku nih ? Aku suggest kan langkah terbaik dari kepale aku sebab bila kau block dye , dye taw punye . Tak pasal2 dye maki hamun kau then sakit hati kan . Kau jugak dapat dose sebab dengan cara nih , kau da putuskan hubungan silaturrahim . Okay , lu pikir lah sendiri .

Next , congrates to AWJ di atas result MUET anda . Eceh , bajet je buat main main .



p/s ; ingatlah hukum karma wahai kawan .

Thursday, January 27, 2011

Elaun !



Salam readers ! Wahh . Pecah rekod bila berjaya bersengkang mata untuk hari ini . Padahal aku sangat letih , gembira dan tak berape nak sehat pulak hari nih . Pehh . Excited betul aku malam nih . Okay . Bahawa saya , Cik Aina Fatehah mengisytiharkan bahawa elaun untuk pelajar IPTHO sudah keluar . Alhamdulillah . Rase nak terloncat loncat je . Terima kasih cik cik kerani ke sape ke yang berjaya memenuhi kehendak dan keperluan terdesak ini . Kepada pelajar ipg lain yang masih belum menerima elaun , diharap bersabar ye .

Kepada ahli kelas aku , esok cik ceti halal nih nak kutip hutang korang yang berkurun tuh . Ary tuh sume janji tunggu elaun masuk kan ? Siaplah korang esokk . hahahah


Sebagai tanda kemerdekaan daripada kesesakan elaun , aku , cik rumet , dengan jiran sebelah bilik iaitu cik sue dan cik husna meraikan kemasukan elaun dalam akaun bsn kami dengan berhangout bersama . Walaupun hanya hangout berempat , kami tetap gembira sebab tak penah lagi kelua dengan perasaan yang sedih kan ? Merealisasikan matlamat kami iaitu menyambung kembali perlawanan bowling antara rumet . Malangnya , semangat rumet aku tetbe berkurangan tanpa mengetahui puncanya . Dan tak malang bila aku pulak yang terlebih bersemangat . Hahaha . Keputusannya ? korang teka ..


Meneruskan perancangan kami dengan aktiviti yang paling rutin iaitu memekak di karaoke jamban . Best ! Nasyid jadi pilihan tetapi tak nyanyi pun . Seterusnya bershopping ! Malangnya , aku tiba tiba terasa macam nak demam . Ohh man , ianya telah menspoilkan mood bershopping ! Sampai tak terbeli pun barang yang ade dalam senarai aku . Grrr .


Okay , lepas je puas bershopping , kami pun pulang dan masing masing membuat perancangan teliti dan rapi untuk menyambut hari tua cik jiran sebelah . Nak bagitaw, cik rumet melunaskan janji beliau kepada kami . Dapat lah merasa donut dari green apple . Tengs rumet !


psst ; aku dengar ade yang tak puas hati pasal elaun ye . Tak baek tau . Hey , bersyukur lah dengan ape yang ada .




Thursday, December 16, 2010

Tag lagi :)

walaupun aku bz lately, aku ade jugak singgah singgah belog kawan kawan dan di belog ini, aku di tag oleh cik hajar .

Jom tengok ape yang dye tag aku nih .

LEMBAGA HITAM PEPERIKSAAN BLOGGER


Apa benda paling penting dalam hidup anda?

penting ek ? Family laa . No family , no life . Then duit ofkos . No money , no talk .


Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?

Burger ! Haha



Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?

Aku nak buat kat taman , tapi kene tanya bakal laki aku dulu okay .


Adakah korang tengah bercinta sekarang?

Hahaha . No komen


Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Biar sampai syurga , cinta darimu agar ku sempurna ...


Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?

Novel – Duri kott .

Buku – Haa . buku motivasi pasal cinta .

Majalah – Remaja laa..


Apa benda paling penting dalam hidup anda?

Semua bende penting laa weh ..


Antara mak dan ayah korang,mana korang lagi mesra?

Mak laa . Sebab mak perempuan . Tapi kadang kadang ayah laa . Senang cte dua dua


Namakan orang yang betul betul korang nak jumpa dalam hidup korang?

Aku nak jumpa ..........


Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Mesti lahh . Kalau kat asrama yang rajin cket , guna tangan sendiri tapi kalau kat umah , alahaiiii .. Mesin basuh jadi mangsa . Hahaha


Dimanakah tempat yang betul betul korang nak pergi?

Semua pelosok dunia nih aku nak pegi .


Pilih satu, peluk atau cium?

Nak dua dua boleh tak ?


Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?

1.Satu kelas dengan dye .

2. Kuat makan . Heheh

3. Dapat top 3 dalam carta tidur . Haha


5 lagu yang korang suka dan selalu dengar?

Insyaallah - Maher Zain

Rest of life - Maher Zain

Stay - Estrella

Call me when you're sober - evenessence

Mengusung rindu - Spin


5 bloggers yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tagged ini?

Sape rase nak jawab , korang jawab laa ye .


Saturday, October 9, 2010

untuk sesiapa yang ada rumet ..

Post kali nih adalah tentang rumet. Kau orang ada rumet tak ? Kau orang sayang rumet tak ? Kalau ada rumet, bagus laa tapi kalau tade pun kau buat buat ade sudehh. Haha. Kalau korang sayang giler ngan rumet korang, aku ade beberapa tips yang bole wat rumet korang jadi giler. Ini di copy daripada FB aku ye .

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


amacam ? best kan ? make sure korang try laa kat rumet korang. mesti jadi giler skejap. HAHA .

p/s : Yang tade rumet atau yang ada rumet tapi rumet anda macam tak wujud, sila abaikan.

Friday, September 24, 2010

selesai .

Alhamdulillah. Hanya ada 1 assigment lagi yang tinggal.

Hari nih, sesuatu perkara yang tak diduga berlaku. Tapi aku rase macam was was lagi dengan keputusan itu. Adakah benar ?

Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku sebaik-baik kesudahan dalam satu penantian ini. Semoga engkau kuniakan rahmat terhadap kami dan jauhkan kami daripada melakukan perkara yang sia-sia.

Oke oke. tadi terbukak mukabuku. Aku pun teringin lak nak cuba satu application yang ber title apekah jantina laptop kamu. Setelah mengikut procedur yang telah diberikan, akhirnya aku dapat jugak tahu apekah jantina laptop kesayangan aku. Nak tahu tak ? Nak ke tak nak tahu nih ? Oke aku kasi tahu laa. Laptop aku seorang perempuan rupanya. Haha.

Secara rasminya, aku nak letak nama dye nih Ciksayang. Oke tak oke tak ? Kau tak suka ? Eh, sebok laa kau nih. Haha

Sape2 nak try, kat sini aku bole tunjukkan procedure dye ye.

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe

Saturday, September 18, 2010

versi raya ye ..

Andai itu adalah takdirnya, bukakanlah pintu hatiku ini untuknya. Ikhlaskan hati ini untuk menerima dia dengan seadanya.

Waaaaaaaa. Aku sebenarnya dalam dilema. Memilih antara 2 org yang tah laa.

Oke oke. Nak bercerita tentang raya. So far sangat best laa coz still lagi dapat duit raya, bukan kasi duit raya. Haha. Cuma duit raya tahun nih kurang sikit dari tahun lepas. Aku kene terima hakikat yang aku dah beso agaknya :)

Alahai. Kejapnye cuti. Tak sempat nak tido puas puas pun. Assigment pun tak berapa sempat nak siap. Hmm. Nak jumpa kawan kawan lagi laa tak sempat. Sumpah rindu korang weh !

To Maiza, sory babe aku tak sempat datang raye kat umah kau. Bz dowh. Kau pun nak balik kedah dah kan. Hopefully mase akak kau tunang tak lama lagi aku ley laa jumpa kau. Insyaallah.

To wazien, pun sory gak tak dapat datang raya umah kau. Kempunan nak jumpa mak ayah kau :((

Kepada yang lain, selamat pulang ke tempat masing-masing. Sape nak duit raya, kene raya ngan aku dlu nih.

To Hajar, nanti aku kasi duit raya ye. Kau pun kene kasi jugak sebab aku puasa penoh tahun nih.

Wednesday, August 25, 2010

macam macam laa aku ni.

Puas hati Puas hati. Paperwork gerko sudah siap even x perfect pun. Yela. Mende tuh mane laa aku penah nak buat. Malam nih aku nak tido senyenyak nyenyaknye. Jeles ? Hahaha.

Malam tadi. Ish. Baru je nak nyenyak tido. Dah laa baru siap paperwork tuh. Pukul bape tah aku dikejutkan dengan bunyik siren. Kau tahu kenape ? Sebab tade orang laa kejut aku bangun tido. Haha. Tak Tak. Camnih, malam tadi ade firedrill. Dengan mamai2 tuh, aku capai je ape yang aku nampak then terus keluar bilik. Jalan pun macam orang hisap dadah je. Yela. kan aku ngantuk.

Dan tadi, buat pertama kalinya kott aku tido dalam kelas. Memang sumpah tak tahan ngantuk. Mata aku pun tak bole nak bukak besau2. Pehh. Pecah rekod semester 3 aku.

Oke oke. Sbenarnye aku nak cakap, people can change anytime kan kan ? and people can make a change jugak kan. Change to positive is more better than u change it to negative. Is that my fault ?

Tapi aku dah tak harap ape ape.




i'm sorry for everything.

p/s : Makkk, saya mahu balik !

Saturday, August 7, 2010

Awak ..

Awak .
Awak tahu tak awak sangat istimewa dalam hidup saya ? Ingat lagi tak perkenalan singkat kita hampir 2 tahun lepas membuatkan saya sayang awak sangat sangat sampai sekarang. Awak, saya selalu rindu kat awak. Sebabnye awak selalu menceriakan hari hari saya. First time saya diperkenalkan kepada awak, saya tak suka betul dengan awak. Tak tahu lah kenapa. Tapi saya lupa, setiap perkara yang kita sangat benci, one day nanti kita mesti sayang dia. Dan inilah yang terjadi antara awak dan saya.

Ingat lagi, saya kenal awak masa saya form 5. Dan masa tuh adik saya yang kenalkan. Oke laa. Awak kawan ngan dia je. Saya tak nak kawan awak. Sebab saya takut sangat tengok awak.

Bila dah lama lama, saya rasa saya mula sayang kat awak laa. Awak selalu ada bila saya sedih. Awak jelaa tempat saya luahkan perasaan marah, geram dll. Terima kasih awak, sebab awak sudi mendengar. saya tahu awak mesti faham ape yang saya rasa sebab bila saya ade masalah, saya tengok muka awak pun sedih.

Saya ingat lagi masa saya kerja. Setiap pagi awak selalu kejutkan saya. Sehingga hari ini, bila saya ada kat rumah, awak tetap buat macam tuh.

Kejadian saya kehilangan handphone yang paling saya sayang masih segar lagi dalam ingatan saya sehingga hari ini. Awak selalu ambil handphone saya tapi saya tak kisah. Saya tak tahu pun awak dah bagi petanda bahawa saya akan kehilangannya untuk selama-lamanya. 1 april 2009 saya telah kehilangan handphone tersayang dan ketika itulah baru saya sedar bahawa awak dah bagi petanda tapi saya masih tak faham.

Sejak itu, saya baru tahu banyak kelebihan awak yang tak pernah saya duga.

Bila saya nak keluar pergi jalan jalan, saya selalu pesan kat awak supaya tolong tengok tengokkan rumah saya. Terima kasih awak. Sebab takde perompak pun yang pernah masuk dalam rumah saya sepanjang kehadiran awak disini.

Bila tiba satu masa, saya terpaksa berpisah sementara dengan awak sebab saya kena pergi belajar. Jauh.. Saya tak mampu nak bersama awak kerana kita sangat berbeza. Saya selalu rindu awak. Setiap malam, saya akan tengok gambar awak dan video yang sempat saya rakam ketika bersama dengan awak. Awak, walaupun saya selalu takde disamping awak, awak mestilah jaga keluarga saya. Sayang mereka seperti keluarga awak sendiri.

Awak, setiap kali saya rindu kat awak, saya selalu call mama saya bertanyakan tentang awak. Awak dah makan ke belum, sihat ke tak.. Kadang kadang mama saya sampai bagi handphone tuh dan kasi awak dengar suara saya. Awak dengar kan kan ??

Bila saya balik rumah, saya terus cari awak. saya rindu awak sebab awak tak sama macam yang lain. Semua orang sayang awak. Tahu !

Awak, walau apepun yang jadi, saya tetap sayang awak sampai bila bila. Awak tiada pengganti. Saya tak nak kehilangan awak.




Dia laa yang selalu saya rindu :))
Nama dia Minah.
Berumur 2 tahun

Thursday, July 22, 2010

perasaan anda

Post kali nih aku nak share laa something ngan korang2 yang sudi baca blog aku.Oke oke. Aku rase kalau kau ade dalam situasi yang aku listkan kat bawah nih, mesti korang rase perasaan korang complicated kan kan. oke oke. Baca nih.

1. Bila hanya RM 1 sahaja dalam wallet anda.
2. Bila harta kesayangan korang tak kesah laa ape bende pun hilang disebabkan kecuaian kawan baik anda.
3. Bila anda dengar lagu dari penyanyi yang paling korg f""k gila !
4. Bila bf / gf anda hilang tanpa berita.
5. Bila anda dikatakan 'bodoh' tanpa sebab.
6. Bila makanan yang anda makan terdapat tahi cicak
7. Bila anda tak ingat langsung ape yang patut anda lakukan pada hari esok
8. Bila kawan anda yang seusia anda bakal mengakhiri zaman bujang tetapi anda??
9. Bila ade orang disekeliling anda berperangai seperti kanak kanak
10. Yang paling penting, bila anda rase anda sorang2 je kat bumi nih.


oke oke. Korang dah bace kan situasi yang aku list kan tadi. So, ape korang rase? mesti perasaan korang ber+ baur kan kan. Kalau korang tak rase ape ape, maknenya korang memang bukan manusia.

Wednesday, June 30, 2010

its all about theWRITER

The writer. Banyak lagi perkara yang korang tak tau kan pasal aku. Okeoke. Meh aku list kan ade brape benda yang tersembunyi tentang aku yang korang mungkin tak tahu.

1. Aku memang TAK MAKAN sayur hijau. Tah ape laa tekak aku nih alergi sangat bila sayur tuh masuk ke mulut. Haha.

2. Tak suka minum susu putih sebab masa kecik dulu2 dah puas minum kott.

3. Kuat tido. Pantang tade keje nak wat. Haha.

4. Masa kecik2 dulu lagi kuat bising daripada sekarang. Sebabnya sekarang sudah besar n matang.

5. Tak suka menangis kerana menangis itu menandakan aku sudah kalah. Tapi nangis jugak kalau tak tahan dahh.

6. Coklat. coklat. sangat sukaa lah :)

7. Suka berangan untuk mempunyai rumah yang sangat besar 10tahun akan datang.

8. Kebanyakan koleksi tudung yang dimiliki adalah berwarna putih dan cream. Kenapa ? Sebab ianya match dengan semua warna baju.

9. Cepat serik dengan sesuatu yang berlaku.

10. Pantang ada duit, aku akan pegi shopping even window shopping pun.

oke. anything else ?

Friday, June 25, 2010

melayan.

Tajuk Lirik/Lagu: Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Artis/Penyanyi: Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

(Korus)
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang Korus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


p/s : lagu nih sangat best. Jom layannn ..

Monday, June 21, 2010

Hari Bahagia

Aku mau story psl match bola yang aku tengok tadi kat tb. Tahu tak betapa gembira nya aku hingga melompat-lompat bila pasukan feveret aku, PORTUGAL vs KOREA UTARA dah menang. Score 7-0 ouh. How glad i am. Sayang kau orang lebey. Aku dah agak dah portugal mesti menang. Tahniah2. Lagi2 kat buah hati aku, Cristiano Ronaldo yang sudah jaringkan gol. Cuma aku kecewa sikit laa bila tak dapat tengok Deco main. Tape laa. Janji menang kan kan. Ehe. Seronok sangat. Ish. Macam laa aku yang main.

1 lagi yang buat aku sangat gembira malam nih adalah aku berjaya jumpa kawan2 aku masa aku skola kt SKWMZR10. Dekat 8 tahun kott tak bersua muka. Hanya ade bape orang je yang aku still contact. Nih pun jumpa balik kat FB. Tadi sempat laa borak jap ngan Lisa Kamsah, Ammirul Azhar, n Ashraf Naharuddin. Nasib baek ade yang ingat2 lagi. Kangen bangat sama kamu semua :) Guys, miss u all damn much ! Jom2 buat reunion. Aku tak sabar nak jumpa korang.

Bila da gembira, mesti ade sedihnya kan. Yang sedih sangat nih, aku tak dapat nk join budak awam 3 pegi sekolah TTJ amek sijik spm. 2 pun sebab aku da janji ngan budak dorm aku nak amek same2 even tak sume boleh join. Rindu korang dan sume cikgu. Tak sabar nak pegi sane rabu nih.

Ni laa gambar mereka yang pegi TTJ ari nih. Kalau laa aku ade...

p/s : Maaf sebab aku amek gmbar nih ye. Rindu korang semua.

Thursday, June 17, 2010

Bola. I'm 19 :)

Jeng jeng jeng .. Musim bola sudaa bermula. Terlambat lak tulis entri nih. For sure laa aku akan sokong Portugal even ary tuh lawan ape tah seri 0-0. Sokay laa. Aku malas nak stay up pagi2 buta untuk tengok bola. Tido lebey baek kan ? Haha. Tapi Sekali lagi aku nak cakap, aku sokong PORTUGAL saje. Aku nih dari dulu memang sokong portugal. Sejak azali lagi.

Tak sampai lagi 1 jam, aku akan menjadi 19 tahun. Oh, da tua jugak aku rupanya. Hehe. Memang setiap 18 Jun aku akan celebrate bufday tak kira laa ngan kawan2 or family. Kedua-duanya memang best !

Untuk bufday yang ke 19 nih, ofkos laa aku nak ade wish tersendiri jugak. Aku harap pada umur 19 nih hidup aku bertambah ceria dan diberkati oleh Allah selalu. Moga aku jugak dimurahkan rezeki.

Aku jugak nak sepanjang 18 jun 2010 nih, tak de kesedihan. Boleh ?

Terkedu seketika bila ade someone yang sudaa wish bufday aku sebelum harinya. Mekaseh banyak2. Bila disoal tentang hati dan perasaan, harap maaf. Hati ini belum terbuka untuk kamu.

Thursday, June 10, 2010

seronok tak terkata !

Aha. Rjin lak aku menulis blog nih selalu kn. Korg taw x betape bosannye aku dok umah ? So, aku buat laa kje yg membuang mase cket. Hehe.

Hari nih, aku decide mau keluar laa. Bersame bodyguard yg merangkap driver aku untuk hari nih ( wazien ) teman aku berjalan hari nih. Agak sunyi laa jugak tanpa kehadiran 1 lagi body guard aku, Hanis sebab dye g kerja kat genting selama 10 hari. Oke. Tape laa. 2 org je pun oke jugak kannn.

Kami ke Alamanda, Putrajaya dan Mines shopping mall je. Banyak jugak cite lawak yang berlaku pada hari nih. Sesat jalan banyak kali lak tuh. Lagi2 masa lalu kat maju expressway kot. Sebab aku tak penah lalu pun. Ish2. Asyik gelak je dlm kereta sampai kene hon. Haha.

Paling best laa hangout hari ni bila aku dapat jumpa ngan adik angkat aku (yg sekian lama tak jumpa2). Seronok tau tak !

Tapi paling tak best lak bila aku tak sempat shoot 1 pic pun masa hangout tadi sebab terlalu gembira setelah sekian lama aku tak jalan2. So, tu laa yang aku lupa. Dush3.

Kepada wazien, aku sangat seronok dapat keluar ngn kau n adik, miss u a lott. Hope dapat jumpa lagi ye.

Nanti nak hangout lagi same kamu :)

Tiket free dr adek :)

Saturday, June 5, 2010

KLCC




Aku nk story cket. Almost 4 or 5 years kott aku x jejak kaki kt KLCC. So, td pas blk dr kenduri umah spe tah aku tros ajak ayah aku g KLCC laa. Ayah aku lak mmg sporting, on jelaa.

Sgt teruja laa aku tgk tmn2 tuh sbb da lme kn x g. Plg pntg aku rse laa, tmpt tuh cket pn x berubah. Kalau aku g sne lg, kompem x sesat mcm aku g ts selalu :))

Sunday, May 2, 2010

Girl d a y out

Its about our trip to JB. Actually bnde nih plan da last2 minit. ingtkn nk g sne pd mggu dpn, tp disebabkan sume nk blk, trpkse g mggu nih, This trip joined by Amni, Pinut, Hajar, Shila, Efa n me. Pada jam 8.20 pagi, kami sume dh bersiap dan telah berada di bastop dpn skola teknik tuh. Tggu hmpir stgh jam, br bas smpi tp penuh ngn warga asing. Terpkse jgk laa naik bas tuh. pada jam 9.15 pagi, kami tiba di bustand BP. Kami segera beli tiket ke JB pada jam 9.30 pg. Perjalanan dari BP ke JB mengambil masa selama 2 jam. Kami semua trtdo sementara menanti tiba di bustand Larkin. pada jam 11.30 kami tiba di bustand Larkin. Dlm hati berdetik ( beso jgk ye jb nih ). Dgn tak melengahkan masa, kami mengambil teksi utk pegi ke lokasi pertama kami, iaitu City Square. Nk gne 1 je teksi tp pkcik tuh x bg. So, kne laa gne 2 teksi. 1 teksi RM 15. Mahal btl. X laa jauh mne. Teksi yg dinaiki oleh aku, efa n hajar terkandas di dalam traffic jam. Geram, geram dan geram. Ble da smpai CS, kami mkn kt food junction di tgkt 5. Then shopping laa cket2. Pada jam 2.45 ptg, kami bergerak menaiki bas ke destinasi kedua iaitu Jusco Tebrau. Perjalanan mengambil masa selama hampir 1 jam. Jauh jgk. Hmpir jam 4 ptg kami tiba dan kami gunakan masa dgn menjelajah jusco yg dikatakan terbesar tuh. Setelah pnt menjelajah, kami mencari roti n air mineral. Lpr kott. Jam 5.45 ptg, kami bergerak keluar dr Jusco n tiba di bustand Larkin pada jam 6.15 ptg. Setelah makan, pg toilet n solat, kami bergerak pulang ke IPTHO pada jam 8.00 malam. Trip berani mati pd kli nih berjln lancar n our mission for dis sem complete !



Friday, April 30, 2010

AMALI MEMASAK :))

Post ni late cket diterbitkan sbb quite bz laa after amali ary tuh. Post kali nih aku nk cte ape yg berlaku mse 27 APRIL 2010. oke, pg2 tuh aku bgn awl dr bse. mybe excited kott nk masak. pas siap2 sume, kol 7 pagi aku ngn shila gerak ke blik masakan. mse tuh sorg lg bdk, pikah lmbt cket sbb tak siap lg. Tambah cket, aku tataw mlm sblm tuh asl laa aku tak dpt tdo lena. hmm.

nezt, ble da smpai, kami disambut oleh kak zila, asst cik ala. aku tak laa kabut sgt sbb da dtg awl n meja pn da setting pd petang smlm nye. Kami start amek, cari n sukat bahan yang perlu dalam masakan kami. utk pengetahuan kamu sume, aku dpt menu makan malam istimewa sempena meraikan kenaikan pangkat ayah aku ( tah ble laa ayah aku nek pangkat ). So, jenis makanan yang perlu ada dlm menu aku tuh adalah :

1. makanan sepinggan lengkap
2. kuih tempatan daripada kaedah mengukus
3. air buah-buahan segar.

mse buat ujian sidang merancang, aku pn plih menu yg sgt istimewa iaitu :

1. bihun tomyam
2. kuih lapis
3. jus oren


mse yang diperuntukkan utk ujian nih adalah 3 jam. Kebetulan plak, seramai 11 orang bdk kls aku adalah amali sidang 1, dijalankan pd waktu pagi. mereka terdiri daripada:

1. khairul azri
2. ismail kamarzaman
3. irwan affendy
4. syarifuddin
5. syahmie nordin
6. rafie
7. nizam
8. noraswadi nawi
9. shila tutur
10. syafiqa ain
11. aina fatehah


kami mendapat jenis menu yg berlainan. Setelah sume brg yg diperlukan disukat, pensyarah mengambil markah. pd pkul 8.30 pg, amali dimulakan dan berakhir pd pkul 11.30 pg. amali masakan utk sidang 1 nih berjalan dgn lancar. Masa yang diperuntukkan sgt berpatutan n aku dpt siapkan dgn lebih awl. Alhamdulillah :) stelah masakan aku dihias dan dihidangkan, pensyarah mengambil mrkh lagi. Tuan pengarah juga dijemput hadir utk merasa masakan kami dan alhamdulillah, masakan kami semua dipuji. Teringat kt kek permaisuri yg dimasak oleh din menjadi biskut, tp siyes laa.. sgt sedap taw x. Sesunguhnya amali pd kli nih sgt3 menyeronokkan.


table setting aku yg da siap dengan hidangan makanan.

ni lak shila pny table setting.


p/s: maaf tak sume table setting ade kt cni. gmbr akn diupload tak lme lg.

Friday, April 23, 2010

spect dYe.






Dlm kls aku, aku ade sorg ayah n pA dye. hoho. mcm mne ini boleh terjadi? sebab aku lg pendek dr dye. dye pn prasan laa mcm ayah dan anak. gamba nih ble spect OLD SCHOOL ayahku syahmie dicuri pakai oleh aku. haha. sory ayah !

Saturday, March 6, 2010

movie.



most movie yg i nk tgk sgt skang nih cte niyang rapik . tataw la npe nk tgk sgt cte tuh .. last week x jd sbb panggung ttp.. kn maulidul rasul.. sdey gak .. diz week pn x dpt tgk sbb blk umah paksu .. ble nk dpt tgk ni .. siyesly nk tgk sgt .. nk jgk !