Salam semua ! Petang yang nampak kelibat matahari pada hari nih dah buatkan aku sangat gembira . Iya , GEMBIRA !Tajuk bebelan pada hari nih adelah WANITA LEBIH OBSES UNTUK KURUS .
Okay , korang cuba tanya mana mana je wanita , adekah mereka sukakan badan yang kurus ? i means langsing ? Kadang kadang bagi pandangan orang lain , kita da cukup kurus tapi dari dua biji mata yang melihat nih masih belum puas hati untuk mendapatkan potongan badan yang ideal . Tulang punggung da lebar pun da risau , perut dah berlapis cket pun risau , perasan peha yang semakin membesar pun risau , Nampak lengan mengembang pun dah risau. Iya . Itu betul . Memang aku tak nafikan laa semua wanita merasa perkara yang sama termasuklah aku sebab aku jugak seorang wanita .
Ade sesetengah wanita mengambil langkah yang bijak dan sehat untuk memenuhi impian mereka untuk menjadi kurus . Antaranya seperti mengambil diet pemakanan yang seimbang . Ini sangat penting untuk menstabilkan berat badan . Jangan Tak makan langsung kerana ia akan mengundang penyakit . Dan jangan pulak makan mengikut nafsu . Yang penting , amalkan pengambilan air masak dan buah buahan ye .
Ade jugak yang melakukan senaman . Ya , sangat bagus . Dapat memecahkan lemak lemak . Tidur yang mencukupi juga dapat mengurangkan berat badan tapi kalau yang terlebih tidur ? Memang gemok laa jadiknya . Tapi pelik , ade sorang kawan aku ni siyes kuat tidur , tapi badan makk aii , langsing bukan main . Jeles aku tahu !







