: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

First drive .

Assalamualaikum . Selamat malam olls :)

Hari nih aku nak berkongsi cerita siket . First time belajar memandu dan first time jugak aku drive kereta . New experience okay ! . Sumpah excited . Haha . Opss , tak ingat pulak nak tangkap gambar muke yang excited tuh . Hehe .

Okay, agak segan jugak laa sebab mostly kawan-kawan aku sumer dah ade lesen, then aku je yang terhegeh hegeh baru nak amek . Tapi takpe. Mude lagi kan :p

Aku suke gelak bila tengok kereta mati enjin kat tengah jalan . Hambik kau, Allah bayar cash kat aku hari nih , tengah2 drive, enjin mati betul2 tengah jalan. Polis yang lalu pun dah gelak2 . Aku tak rase polis tuh je yang gelak, orang yang nampak pun same . Haha. Padan muke aku . Okay, aku buat je muke selambe . Cikgu kan kene confident . Chewwah ... "nak sedapkan hati" . hehe

Semangat belajar kereta kuat lagi nih . HAHA . Esok lagi 2 jam . next new experience .

Pasnih boleh laa buat drift kan :)



psssttt ; AWJ , hari nih tak hujan . Alhamdulillah

Friday, January 21, 2011

Perempuan vs Shopping


salam semua . Perempuan vs Shopping ? Haa . tu laa yang aku dok sebok nak cerita nih . Perempuan , sememangnya dilahirkan dengan 9 nafsu dan 1 akal sahaja . Kalau nak bercerita pasal 9 nafsu nih , memang panjang berjelaa . Okay . Perempuan dengan shopping cukup sinonim . Tak dapat nak dipisahkan . Lokasi ? dimana mana sahaj . Macam aku ngan kembar gengpen aku , kat koperasi maktab pun pun bole nak window shopping . Korang penah buat ke? Try laa . Best . Hahaha .Ada duit ke , tade duit ke , weekends girls ni mesti pergi shopping mall jugak . Macam aku laa . Bila tade duit , window shopping je . kalau duit berkepok , kompem laa beli macam macam kan ? lagi lagi bila ade sale . Tuh sangat melemahkan lutut kaki aku dan semua kaum hawa ini . Rambang mata betul . Setuju ? Adat laa tuh . Lumrah manusia yang berjantina perempuan . Lelaki ? Hey hey . Lelaki pun suka shopping tau . Jangan tak tahu pulak . Tak puas hati ? Pegi tanya lelaki yang kat luar sana . Tapi tapi tapi .. Cara perempuan dan lelaki bershopping sangat berbeza mengikut jantina , dan umur .

Aku sangat suka bershopping makanan . Beli itu , beli ini . Nampak yang murah cket , beli . Padahal tau aku tak makan sangat . Dan last last tak termakan pun . Membazir je kan . Tapi tuh dulu . Sekarang dah beringat dah . Tak buat macam tuh lagi . Apa yang penting , untuk keperluan aku dan kehendak sampingan aku takkan abaikan . Aku pun bukan jenis berkira duit sangat . Selagi ade duit , gunakan dengan sebaiknya . Janji takkan membazir . Kalau terlalu berkira soal duit sampai kempunan nak merasa itu ini , baek tak payah. Sebab aku dah pernah rase . Berbelanja dengan cara berhemah . Baru tak menyesal . Okay . Apa yang dibeli bukanlah jadi soal utama , yang penting ianya berguna dan tidak melebihi dari kemampuan kewangan anda .


psst ; kenape orang tua suka mengorat anak dara orang ? hmm

Sunday, January 16, 2011

kehidupan di asrama part 2

Salam semua . Bersemangat betul aku bangun pada pagi ahad yang indah ni tapi , tiba tiba menjadi tak indah sebab balckout pulak. Menurut sumber yang boleh dipercayai , ketiadaan elektrik dijangka sehingga jam 4 petang . Gila ! Takde sape pun bagi tahu ! Ni nak marah ni . Dah dah . Kua jalan jalan lagi best .

Sambungan kepada kehidupan di asrama . Part 2 .

Kalau dulu masa sekolah di sekolah harian , jarang kan dengar pelajar kene buli . Tapi bila dah masuk asrama , memang seram laa bila kat tv dok sebok cerita pasal buli . Dan secara kebetulan pulak , masa aku form 4 dulu dok kecoh bila ade pelajar sekolah agama membuli pelajar junior sampai mati . memang teruk kan ? Ade yang menyifatkan buli tuh pukul memukul tapi sebenarnye buli tuh terbahagi kepada 2 , buli fizikal dan buli mental . Jadi , elakkan kejadian buli membuli ye


tolong elakkan seperti ini .

Tapi



jadilah macam nih .

Junior dan Senior boleh jadi Bff .

Next , kalau dulu aku ade gak tengok kawan kawan yang free hair , alhamdulillah , dorang da pakai tudung dah pun sebab kat asrama kan diwajibkan memakai tudung . Yang mana dulu tak pandai pakai tudung pun dah jadi pandai kan . Maknanya , masuk asrama nih merupakan langkah yang bagus untuk memajukan diri sendiri .

Kesimpulannya , tak semua orang boleh terima kalau masuk asrama boleh merubah diri mereka menjadi lebih baik . ada yang masuk tapi bertambah teruk . Apa yang baik jadikannya sebagai ikutan dan yang tak baik jangan jadikan ikutan .