: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label luahanHATI. Show all posts
Showing posts with label luahanHATI. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Bestie part 1


Assalamualaikum. Selamat petang .


Petang2 nih tetbe hati terpanggil untuk menulis tentang someone yang aku rindu gak lah. Sapekah ? Hehehe . My bestie laa . Ada 2 actually. Firstly aku nak cerita pasal sorg bestie aku dari sekolah rendah nih... Her name is Linda

Bermulah kisah ...

Aku kenal dye nih lame dah. Almost 9 years since aku pindah ke kajang. Lame giler weh . Actually, ktorg nih 1 kelas. Maklumlah, aku kan budak baru masuk, kompem2 laa aku tade kawan lagi n sure laa aku segan2 cket. Hehe. So, geng2 dye laa yang start kenal2 aku dulu. in Year 5, aku tak rapat sangat n mula rapat ble masuk year 6. Mase tuh aku ingat lagi kitorg dah tak 1 kelas, walaubagaimanapun, kamceng gak laa. Rehat same2. Paling tak lupe bila ktorg ade basikal same2, eksen giler p naik basikal pegi sekolah, balik sekolah. Berlanjutan sampai aku form 3 where we're state in the same secondary school.

Terlalu banyak kenangan yg kami simpan sepanjang persahabatan nih. Dengan dye laa slalu kongsi kegembiraan, dgn dye jugak tempat aku nangis n macam2 lagi laa. Dulu, asal hari khamis je, mmg x kan miss laa pegi pasar malam yg dekat dgn skolah kami tuh. Punye laa count down plus excited habis nak tunggu hari khamis. Tak boleh blah kan . Benda yang wajib kami beli pulak air soya, keropok lekor, dan roti john. Haha.

Okay, dgn dye jugak, aku berani melangkah ke CC . Org ckp, mat2 rempit je slalu lepak kat CC tapi we don't care. Ktorg bukannye buat maksiat pun pg sane. Just surfing internet nak buat kerja kursus sebab zaman tuh, rumah aku ngan dye tade talian internet kat rumah. First time masok CC, too scared okay. but after 2 or 3 times, baru okay cket.

Aktiviti slalu buat pas balik sekolah, mesti singgah kedai buku EA . Aku pun tataw apesal aku nih suke singgah kat situ. Nak kate barangnye murah, tak jugak laa. Tp best. Tauke Kedai buku tuh pun dah biase dah nengok muke kami. Sometimes, its annoying, right ? HAHA

Mase habis PMR, kitorg decide konon2 nak masok sekolah teknik yang sama, Taknak berpisah le konon2nye lah kan sebab aku nak avoid from carry biology and EST subject. Last2, ktorg decide untuk pilih sekolah teknik di negeri sembilan. Aku pilih SMT tuanku jaafar n dye pulak SMT kuala klawang. Tp course yang ktorang amek sangat berbeza. Rezeki kami murah dan berjaya masok ke sekolah yang kami pilih. Masa tuh sedih kot sebab first time aku rase jauh giler dari dye. Tapi tape, tetap dalam 1 negeri. Bila cuti, boleh je jumpe. Bila outing pun. Even, we're at different places, but our friendship were never end. And, i'm proud of it.

Habis je SPM, too pity when she got unexpectable SPM result. Its same goes to me. Melalak aku weh , 1 minggu muram je. Mengalahkan org hilang anak dah . But alhamdulillah, i still had a chance to futher my study. Em. Back to my friend, she were very sad and after a few months later, her father had passed away. AL Fatihah. Since that, she dont want to further study because she wanted to take care of his mother and in addition, her mother were sick. Walauapepun, aku tengok dye tuh tabah je dengan dugaan yang menimpa. Tabik triple spring laa babe !

We shared everything. I do lean my ears for her everytimes when she needs me till now. Dye pun same. Susah ke senang ke, dye mesti ada dengan aku. . Aku ade masalah ngan sape2 ke, mostly aku cite . Bile aku rase tak tenang, aku tanya dye macam dye ade je jawapannnye. Gelak same2, Seingat aku, kami tak pernah bergaduh, apetah lagi bermasam muke. Kalau aku marah kat dye pun, kompem aku gelak balik. Macam tuh gak dye. Tak penah amek pusing pasal marah aku, marah dye. Masalah dye, masalah aku jugak. Bergossip pun same2. Haha . Normal okay .

Perangai kitorang hampir same, ape yang aku suka, dye pun suke. Kat mana ada dye, kat situ aku ada. Family ktorang pun dah saling kenal. Kami datang dari latar belakang kehidupan yang hampir sama, kami tak kaya, tak jugak miskin. Sebab tu laa kami 1 kepala.Teringat pulak, bile aku nangis sekarang nih, dye mesti cakap, " Aina, kau bukan yang aku kenal dulu. Aina yang aku kenal bukan kuat nangis, tak mudah mengalah. Orang lain pun x penah nak pijak kepale kau. Tapi kenape aku tngok kau dah lain eh ? Ohh, mesti sebab aku takde kat sane kan ?". Haha. Ayat ni laa yang selalu buat aku senyum balik. Segala bende yang dye cakap akan buat aku bersemangat untuk terus berdikari. Kalau ttbe aku call dye, mesti dye cakap, "kau okay tak ? Aku tau kau tak okay, now tell me why ." Dye macam boleh bace je ape dalam fikiran aku.

A few month after i further my study, she told me that she were engaged soon. Ya allah, alhamdulillah. Finally you met your future husband. Macam tak caye je kawan aku nih dah nak bertunang . i felt very sad because i not attend to the engagement because i had to sit an examination. But when she got married, i attend the ceremony. Paling tak boleh tahan, dye nak jugak aku jadik pengapit dye. Alahai, dah laa aku nih comel sgt kan. Ehem2. Rase nak muntah hijau tak ? HAHA . Sweet giler aku time nih. angguk laa cket.

Even dah ade suami pun, dye tetap tak lupe nak beraya kat umah aku. Terharu sungguh weh . Sekarang nih, my bestie bakal melahirkan baby boy pada awal bulan 12 nih. Oh yeahh, tak sabar rasenye. Cehh, bajet macam aku je yang nak beranak cik aina oii. Kawen pun tak, berangan je lebih. Aku doakan kau selamat ye bestie. Friendship forever.

Pape pun aku rase sangat bertuah sebab ade kawan yang macam dye =)

Tuesday, June 14, 2011

Minggu kedua cuti

Salam semua . Minggu kedua , semua berjalan dengan lancar . Agak sibuk di hujung minggu kerana menghadiri undangan majlis perkahwinan sepupu sepapat terdekat . Ada jugak yang tanya bila aku nak kawen . Hello , umur baru 20 lah . Aiyyaa .

Okay , rindu semua orang . Siyesly , cuti nih aku hanya memerap kat umah je . Baik kan . hehe .

Okay , aku nak cakap sikit lah . Kau semua ade facebook kan ? okay , Kalau kau tak suka someone tuh , tak payah laa kau nak tunjuk sangat cara kau macam nak carik gaduh tuh . Faham tak faham tak ? Tak faham eh . Okay , maksud aku , janganlah sampai nak memBLOCK facebook musuh kau tuh . Memanglah itu hak kau tapi nak tak aku suggest kan langkah terbaik ? Okay kalau dulu kau penah friends dengan dye , ape kate kau deactivate je teros facebook kau , so kau takkan tengok lagi orang yang kau tak suka. Lagi 1 , kau buat je akaun baru menggunakan nama yang dye tak tahu n jangan guna gambar kau . Bernas tak idea aku nih ? Aku suggest kan langkah terbaik dari kepale aku sebab bila kau block dye , dye taw punye . Tak pasal2 dye maki hamun kau then sakit hati kan . Kau jugak dapat dose sebab dengan cara nih , kau da putuskan hubungan silaturrahim . Okay , lu pikir lah sendiri .

Next , congrates to AWJ di atas result MUET anda . Eceh , bajet je buat main main .



p/s ; ingatlah hukum karma wahai kawan .

Saturday, March 26, 2011

Surat Cinta .

Beza Suka Dan Cinta ( Cinta tak boleh di paksa )



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan

berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita

suka, hati kita akan gembira.



2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim

sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita

suka, musim itu cuma berangin sahaja.



3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang

kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat

ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan

tersenyum.



4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi

malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan

tunjukkan imej yang sebenar.



5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk

berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita

akan bebas berkata apa saja.




6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita

cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang

yang kita suka.



7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn

turut jua menangis. Bila orang yang kita suka

menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.



8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka

bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti

menyukai seseorang yang kita suka umpama kita

membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata

cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang

hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.




---------------------------------------------------------------------



Cinta, Sayang, Minat Dan Suka




Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)



Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)



Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)



Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

Tuesday, March 15, 2011

Kegembiraan yang dah OVERDOSE

Salam semua . Nak kongsi nih . Aku gembira sangat sangat sejak akhir akhir nih . Rase macam nak cerita je kat satu dunia . Nak lompat lompat atas katil kalau boleh sampai roboh katil tuh . Haha . Poyo kan ? Dush dush . Memang aku ade masalah , tapi aku dah berjaya larikan diri dari masalah tuh . Tahu kenape aku rase gembira tetibe je nih ? Okay , aku jumpa 2 orang BFF aku yang dah sekian lamenye tak jumpa . Masing masing sibuk . Sumpah rindu korang sangat . Lagi ? Haa . Aku gembira sebab .... Tettt . Haha . Rahsia . Okay . Doakan aku bahagia macam nih selalu je . Tade aku nak nanges macam budak kecik lagi . Aku terlampau gembira nih. Overdose pulak rasenye . Maaf maaf . aku mintak diri dulu. Kang kantoi lak rahsia aku kang .



apa beza jalan tunku abdul rahman dan jalan TAR ? - anonymous



psst ; CH , sy suka lah baca status FB awk smlm :)



Saturday, February 12, 2011

I miss ..

Hello hello . Suddenly , the ' silent mode ' coming . Because everybody went out to somewhere that i don't need to know . And my mood also suddenly changed . Mood : miss everyone . I don't know why .

Okay , i miss :

Mama dan Abah .

My dear brother n sister .

My loving cat and kitten .

Oldie friends . My exdoormates .

Bff . Always forever .

The older friendship .

Big bear .

Gemok =)







- with special speech for u : i miss u olls a lot . always miss , miss and miss . Beloved mama and abah , dear bro and sis , bff , and oldie friends , miss you a lot ! To gemok and big bear , stay with me and another one stay in my cupboard carefully . The older friendship , hope we'll never lost even now i feel I'd lost it . And i miss oll our last moment . Doesn't matter either we're near or far , i hope our friendship will never last forever . -

Monday, January 24, 2011

Isnin .

Salam readers ! Act baru balik dari ngeteh nih bersame same cik cik jiran bilik . Apa tuh ngeteh ? G tanya orang johor . Hahah . Okay , b4 that menghadiri majlis persaraan Tn . Haji Yahya . Dah sampai masenye nak bersara kan . Jasamu akan ku kenang selamanya ! Banyak suka duka semasa beliau mengajar kelas kami . Kalau nak cerita , sampai esok pun tak habis kott . Haha . Nak tahu sape beliau ? Beliau merupakan pensyarah pertanian aku mase sem 2 dulu . Alhamdulillah , kami dah berjaya mempelajari ilmu pertanian yang telah diturunkan oleh beliau . Eh , betul ke tak ayat aku nih ? Haaa , bantai jelaa . Ape ape pun , terima kasih encik !



Hmm . Masa berlangsungnya persaraan , telah berlakunya 1 insiden yang buat aku tersangat bengang . Ade jugak eh orang cam tuh . So , don't judge the book by its cover . Kesian rumet aku ngan cik husna sebab terpaksa menyabarkan aku . Okay dah . Tutup cerita .



psst ; Orang yang terlebih makan tongkeng ayam memang mulutnye tak reti diam ke ? hmm .

Thursday, January 13, 2011

Perempuan ke lelaki yang macam itu ?

Salam kepada semua readers . Okay . Actually tiba tiba wireless malam nih tak buat hal . So , dapat laa menulis entri untuk hari ni . Petang tadi aku bersama kawan kawan pergi merendek sekejap . Apa itu merendek ? tanya laa cik google . Okay , pergi main boling . Memandangkan dah lama tak usik permainan nih , Kami pun decide untuk mengadakan perlawanan antara rumet . Aku berganding dengan rumet aku n Sue berganding dengan rumetnya , Husna . Persaingan yang sangat hebat laa apabila masing masing tak nak mengalah . Kesudahannya , aku ngan rumet aku berjaya mengalahkan mereka .

Cerita lain pulak , merangkap main tajuk nih laa kan, aku terpk kenapa ramai orang beranggapan negatif terhadap pelajar perempuan ? contohnya , ada yang cakap perempuan suka berpuak puak dan sangat mementingkan diri sendiri . Ade yang cakap perempuan juga suka mengumpat . Apa yang buruk sikit je semua perempuan yang kene tuduh . Ade yang bersetuju ke bila perempuan dikatakan begitu ? Aku malas nak tunding jari kat mana mana pihak , tapi aku nak cakap , takde orang yang perfect pun kat dunia ini . Semua orang ade kelemahan diri masing masing . Kalau orang cakap perempuan suka berpuak puak dan kuat mengumpat , lelaki tuh yakin sangat tak pernah mengumpat dan memuakkan orang lain ? Bagi aku baik lelaki mahupun perempuan semua sama je . Ape yang terjadi tak semestinya berpunca dari perempuan laa . Jadi , jangan nak terlalu tunding jadi kepada sebelah pihak sahaja . Tak baik tau korang tuduh perempuan macam tuh . Lagi satu kebanyakan aku tengok manusia sekarang suka mendengar penjelasan sebelah pihak saje dan suka buat keputusan tanpa selidik dahulu . Please laa . Orang kat luar sane , bila nak judge seseorang tuh , tolong tolong laa kenal betul betul manusia tuh iye . Jangan judge tanpa usul periksa . Jadilah orang yang bertamadun sikit . Be nice to others and others will be nice to u too okay .

P/s : sedang berduka bila Cik Canon aku merajuk . T_T

Friday, January 7, 2011

Manusia atau .... ???

Aku nak cerita nih . Ade satu kejadian yang dah jadik tanda tanya kat kepala aku sampai saat nih . Kejadian tuh berlaku pagi tadi dimana masa rumet aku pergi toilet pagi tadi , pintu bilik terkunci dengan sendirinya . Padahal aku tido lagi n pintu tuh mane laa bole kunci dari dalam . Memang terkejut laa bila lepas rumet aku balik dari toilet , dye suh bukak pintu n masa tuh aku tak terpk pape pun . Pelik kan kan ? So, aku tertanya tanya , sape yang kunci pintu bilik aku dari dalam ? Ade sape bole tolong jawab kan tak ? Haihh . Seram sejuk plak badan aku . Rumet aku cakap , jangan tego .

Kesian , rumet aku demam . Cik demam , tolong jauhkan virus anda daripada merebak teruk kepada rumet aku n berjangkit ngan aku . please yee .


Selingan sahaja : renung renungkan lah ye . Aku pun tak perfect jugak :)

Tiba tiba aku terpk , kadang kadang susah kita nak puaskan hati semua orang dan buat orang suka kita dengan ape yang kita lakukan dan jangan ingat diri sendiri tuh sangat perfect untuk menilai orang lain tanpa mengetahui perkara sebenar disebaliknya . Jadi , sentiasa bersangka baik terhadap orang lain dan jangan menilai seseorang dari mendengar cakap orang sekeliling . Maksudnya , kalau kau tak tahu pape , jangan nak buat kecoh tak tentu pasal n tuduh menuduh orang .

Kepada MF sy , mane awk pegi ? :(((

Thursday, November 25, 2010

celoteh cuti saya :)

First day kerja . Sangat penatt . Terima kasih kepada " You're Beautiful " sebab hilangkan penat sekejap .

Kepada awak ,

Saya terhilang arah secare tiba tiba bila awak tade . Rindu .


Kepada kamu ,

Kamu dah buat saya tak boleh tertahan dengan sikap kamu . Saya mintak maaf .


Kepada cik cik kesayangan yang berjumlah 7 orang tuh ,

Sayang korang dan rindu sangat nak bergosip gosipan sama korang .


Kepada kau kau kau kau kau kau kau kau kau pulak ,

nak cakap , bila kau tade , aku rase aman jap . Alhamdulillah

Tuesday, October 26, 2010

exam kat koner dahh .

Hoyyyehh . Hoyyeehhhh . Exam da sampai koner dah . Jadual exam dah dapat dah tapi k.o aku je yang tak kasi lagi .Tak sabar gila nak duduk dalam dewan budiman dan berhadapan dengan kertas soalah ( eleh , bajet cam dah prepare habis je doe ) . Prepare sudahkah aku ? Haha . Tah laa . Yang pasti, aku tak sabar nak tunggu habis exam . Ni laa final exam bagi foundation study aku . Final nih aku ade 4 paper saje . Nasib baik . Tapi 4 paper tuh bukan calang calang paper ye . 2 paper untuk killer subjek .

dannn .

1 masalah aku dah selesai . cuma .... hishh . tah laa . Biarlah . Aku dah fikir ape yang terbaek . Kau jugak kann ?

Dannn DAMN giler . Kau buat aku cam nih lagi . Kau memang tak patut !

Dahhhhh ...

Allah bayar CASH nanti kat kau sebab buat aku cam nih .
Aku tunggu masa itu dan nak cakap , PADAN MUKA KAU .

Terima kasih .

Friday, October 22, 2010

saya kecewa


sedey doe. Tak terkate. Sangkaanku tepat rupenye. Yesssss . Padan muka kau aina . Kau kalah lagi . Kenape aku yang kecewa ? Takkkkk . Ini bukan mimpi lagi .

Thursday, October 21, 2010

Semua bermasalah !

hello . hello . hello . post kali nih aku bukan nak sambung pasal kahwin part 2 tapi pasal cerita lain. Aku pun tak tahu laa ape nak jadi ngan life aku untuk 4 tahun akan datang . Duduk sini pun baru habis 3 sem dah kene treat macam budak sekolah. HELLO ! aku bukan budak sekolah lagi laa. tolong laa faham. Kenape tade sape pun nak faham ea ? Benci laa. Nak kongkong sane , kongkong sini . Gila . Itu tak boleh , ini tak boleh . Haihh . Tak paham laa . Dah habis belajar nanti nak jadik cikgu , bukan budak sekolah . Makin lame duduk sini , makin tinggi tekanan darah aku . Memang silap besar laa aku masuk sini . ( terpaksa cakap dengan hati yang terlampau ikhlas )

Dan tadi . Satu bende yang agak bahaya yang telah aku buat . Aku ngan member aku kene jalan kaki dari pagar depan sane tuh sampai asrama. Yeahhhh . Amalan yang bagus sangat untuk kesihatan. Seperti berjogging tanpa arah tujuan di malam hari dengan melalui jalan yang gelap dan sunyi . Bagus laa sape yang suruh macam tuh.

mama and ayah ..

plz laa. saya tak nak duduk sini lagi . tak larat dah kene didik macam budak kecik . saya dah bosan , muak , jengkil . Kenape tade orang nak faham pun kan . Dari dulu saya tak nak . Kenapa saya kene macam nih ?


Cerita lain pulak . Ni lagi satu buat aku serabot. Aku pun tak paham kenapa. Dah ar aku bukan in relationship ngan dye, tetibe nak jeles tak tentu pasal . Please laa . Penat laa layan lelaki yang ngade ngade macam tuh. Pas tuh nak merajuk bagai laa . Bosan laa weh .


Dah dah.Tension giler tahu ! masalah itu , masalah ini . Yang ade tak settle2 lagi , timbul yang baru . Rasa nak memberontak je !

Monday, October 4, 2010

kan kan ??

Minggu lepas minggu paling serabot. Oke . Minggu nih pulak ? Tah. Tak serabot dahh :)
Habis amali Lk yang ditunggu tunggu, dan tamat juga listening and speaking oral yang agak kabut.

ALHAMDULILLAH .

Sebenarnye ape yang best dalam dunia nih ? Aku taw, ape yang kau pk mesti tak same cam yang aku nak. Nih aku nak bagitaw ape yang best kalau ikut hati perasaan aku.

kan best
- kalau hidup nih selalu gembira

kan best
- kalau aku tak pernah nak menangis

kan best
- kalau tade orang yang jadi batu api dalam rumah tangga orang lain

kan best
- kalau semua orang dalam dunia nih saling membantu

kan best
- kalau aku tak payah belajar untuk pandai

kan best
- kalau aku jadi budak kecik balik.

kan best
- kalau aku taw ape yang akan berlaku untuk hari esok

kan best
- kalau perompak, pembunuh yang kene tangkap tuh kene bunuh sekali

kan best
- kalau tiada pergaduhan

kan best
- kalau semua orang saling menyayangi

kan best
- kalau semua orang saling menghormati

kan best
- kalau hidup tak perlu menggunakan duit

kan best
- kalau setiap manusia bersyukur dengan nikmat yang diberikan

kan best
- kalau kita hidup tanpa penuh kepura-puraan

kan beat
- kalau hidup bebas tanpa perlu dikongkong oleh sape sape

kan best
- kalau aku tiba tiba naik pangkat jadi pm. haha

kan best
- kalau orang dewasa tak berperangai macam kanak-kanak

kan best
- kalau orang islam tak jadikan artis barat sebagai role model untuk tiru itu ini

kan best
- kalau setiap hari aku bangun tido tak pk pasal masalah

kan best
- kalau BUDAK ITU tak pernah wujud dalam hidup aku

kan best
- kalau tade orang yang pandai menabur dan membuat janji

Lagi best
- kalau aku boleh cakap ape saje yang aku suka tanpa pk perasaan orang lain

lagi best
-kalau tade orang yang berperangai macam DIA yang selalu bajet HOTTTTT dan bagus saje ye

dan tersangatlah best
- kalau KAU tak pernah sakitkan hati aku
- kalau aku tak pernah nak menyampah kat sape sape terutama DIA
- kalau aku tak pernah nak rasa marah dan benci
- kalau tade orang yang ade perasaan hasad dengki dengan kelebihan orang lain

p/s ; kau dan dia bukan mereka. Harap maklum

Friday, September 24, 2010

selesai .

Alhamdulillah. Hanya ada 1 assigment lagi yang tinggal.

Hari nih, sesuatu perkara yang tak diduga berlaku. Tapi aku rase macam was was lagi dengan keputusan itu. Adakah benar ?

Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku sebaik-baik kesudahan dalam satu penantian ini. Semoga engkau kuniakan rahmat terhadap kami dan jauhkan kami daripada melakukan perkara yang sia-sia.

Oke oke. tadi terbukak mukabuku. Aku pun teringin lak nak cuba satu application yang ber title apekah jantina laptop kamu. Setelah mengikut procedur yang telah diberikan, akhirnya aku dapat jugak tahu apekah jantina laptop kesayangan aku. Nak tahu tak ? Nak ke tak nak tahu nih ? Oke aku kasi tahu laa. Laptop aku seorang perempuan rupanya. Haha.

Secara rasminya, aku nak letak nama dye nih Ciksayang. Oke tak oke tak ? Kau tak suka ? Eh, sebok laa kau nih. Haha

Sape2 nak try, kat sini aku bole tunjukkan procedure dye ye.

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe

Wednesday, August 25, 2010

macam macam laa aku ni.

Puas hati Puas hati. Paperwork gerko sudah siap even x perfect pun. Yela. Mende tuh mane laa aku penah nak buat. Malam nih aku nak tido senyenyak nyenyaknye. Jeles ? Hahaha.

Malam tadi. Ish. Baru je nak nyenyak tido. Dah laa baru siap paperwork tuh. Pukul bape tah aku dikejutkan dengan bunyik siren. Kau tahu kenape ? Sebab tade orang laa kejut aku bangun tido. Haha. Tak Tak. Camnih, malam tadi ade firedrill. Dengan mamai2 tuh, aku capai je ape yang aku nampak then terus keluar bilik. Jalan pun macam orang hisap dadah je. Yela. kan aku ngantuk.

Dan tadi, buat pertama kalinya kott aku tido dalam kelas. Memang sumpah tak tahan ngantuk. Mata aku pun tak bole nak bukak besau2. Pehh. Pecah rekod semester 3 aku.

Oke oke. Sbenarnye aku nak cakap, people can change anytime kan kan ? and people can make a change jugak kan. Change to positive is more better than u change it to negative. Is that my fault ?

Tapi aku dah tak harap ape ape.




i'm sorry for everything.

p/s : Makkk, saya mahu balik !

Saturday, August 21, 2010

selingan seketika

Tiba tiba rase macam nak update blog. Sebab aku tengah bosan tahap nak gile dah ni. Bangun pagi je pk nak buat assigment. Bajet rajen gile laa nih. HAHA.

Lately assigment yang aku dapat memang banyak. ade 9 sumenye. Dapat pulak tang tang nak raye dah nih. Hey hey, puase pun baru je tak sampai 2 minggu lagi. Taw nak raye je aku nih. Huhu.

Currently aku tengah berhempas pulas nak siapkan assigment gerko yang tersangatlah SENANG nye. Dapat pulak kene buat bende yang aku tak penah buat. Serabot serabot. Dapat pulak information sume dalam bahasa inggeris dan bahasa indonesia. Perhh. Memang botak laa kepala aku pasnih.

oke oke. Aku ade bende nak share ngan korang nih. Aku terbace post dari blog kawan aku dan ianya sangat menginsafkan aku. tkan sini sini korang baca laa. Aku pun sampai menitiskan air mata bila bace post nih

oh ayah .. oh ibu ..


kadang kadang aku pun pk, betul jugak ape yang tertulis dalam post tuh. Tiba tiba teringat mak ayah aku kat umah. Bila laa nak balik nih.

Oke laa. Untuk mengelakkan aku bersedih lagi, lbih bek aku sambung buat assigment yang senang sangat tuh. HAHA

Monday, July 12, 2010

Ttbe aku rase nak tulis blog. Bosan asyik blaja je kot. Hmm. Actually aku rasa serba pelik je hari nih. Nak taw kenapa? Hmm. Aku sangat2 terganggu dengan 1 soalan daripada classmate aku tentang ... Korang2. Aku ngan dye hanya kawan biasa saje oke. Sekali lagi nak tegaskan, HANYA KAWAN BIASA. Aku pun tataw cam ne korang bole pk sampai mengarut2. Cukup2 laa tuh.

Mood aku pun lately tak berapa oke sangat. Sebab tuh aku rasa macam nak sangat balik umah. Tapi bila mengenangkan minggu nih ada PC FAIR kat BP MALL, hati aku berbelah bagi.

Thursday, July 8, 2010

mengarut je.

Walaupun bagi aku hari sangat malang sbb kene buli je, aku malas nak pk. Kesian je sape yang kene terlibat sebagai skandal aku tuh.

Dah seminggu kott, aku pun dah tataw ape nak jadi ngan aku. Semuanya berubah. Tapi aku tercari2 lagi ape silap aku.

Hmm. Lagi 1 minggu nih budak baru masuk kene amek sign senior."Selamat petang. Kami pelajar ppismp sem 1 ingin minta tandatangan senior boleh tak?" Haha. Klakar je kan. Bila dorang salam siap cium tangan, aku rase macam nak gelak je. Aku bukan laa tua sangat dari korang, oke.

kalau nak story pasal budak yang baru masuk nih, ade 1 jee kot yang aku memang tak suka. Junior lelaki langsung tak hormat senior, mostly laa. Sukahati je nak ngolok senior. Hey, budak laki batch aku pun aku tak pernah tengok ngolok senior kami dulu. Sume hormat je senior. Berani betul laa junior nih. Baru seminggu je pn duduk sini. Yang perempuan pulak oke laa tapi ade gak yang gedik2. Kene sound direct je ngan budak2 nih. Haha. Gud2.

p/s : patutnya yang tua dihormati dan yang muda disayangi.

Monday, July 5, 2010

hari ini.

Hari nih adalah hari isnin. Hari nih hati aku sangat berdebar2 je. Macam tahu2 je ada benda yang bakal berlaku. Dan tiba2 lepas je assembly, aku dapat tahu yang result sudah keluar. Ya allah. Lagi r jantung aku rase cam nak tercabut je. So aku ngan mantan PKO sem 2 pegi laa kat unit peperiksaan untuk amek result tuh before budak laki yang pegi amek. Dan aku amek aku punya.

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Hampir pengsan jugak laa aku tengok result aku. Aku target lain, yang keluar nye lain. Dan yang paling3 aku bengang laa, pointer aku menurun even mase nak exam tuh aku dah buat sebaik mungkin dab assigment pulak disiapkan dengan se'perfect' mungkin. Lagi 1, paling cacat laa bila ade pulak dah gred C+ kat result aku tuh. Ni semua kerana 1 subjek tuh. Kuiz dye aku x dapat nak score. Tapi tape laa. Benda tuh pun memang sudah tertulis. Berapa aku dapat ? Haha. Korang teka laa :)

Dan sekarang nih, tahap bengang aku pasal result tuh membuatkan secara tiba2 zku rasa macam nak muntah je. Siyes ouh. Tak tipu !

Sunday, July 4, 2010

Journey.

A long journey today. Dari maktab terus ke ayer hitam, shopping jap, then terus pegi carefour, shopping jap then baru balik. Ape yang best ? Macam2 laa. Nak g ayer hitam, left by bus sebanyak 2 kali. Dah sampai ayer hitam, kene tipu pulak dah. Barang dan kualiti yang same tapi kami beli dengan harga yang mahal. B4 balik, jumpa yang lagi murah. Geram kan.

Oke2. Balik dan menuju ke carefour. Sebelum sampai carefour, kami suruh pakcik bas tuh berhenti depan maktab sebab nak letak barang kat pak guard. Pak cik tuh sangat baik. Terima kasih pakcik ! Oke. Sampai dah carefour. Kami terus bergegas ke MCD untuk menikmati makan tengahari sebab mase tuh semua lapar. Then, kami pun berjalan2 untuk mencari kedai yang menjual tikar getah. Tiba2, ade 2 ekor mamat yang kami tak kenal mengekori kami. Sangat takut laa masa tuh. Lalu kami terus pergi ke tempat yang ramai orang. Alhamdulillah, mamat2 tuh dah tak ikut kami lagi.

Setelah itu, kami terus je beli barang. Barang yang dikehendaki sudah pun diletakkan dalam troli. Then, shila dan amni pergi ke tempat pakaian dan aku pula ingin mengusha raket badminton. Sedang leka membelek raket tersebut, tiba2 ade sorang budak cina amek troli kami dan cuba bawak lari. Aku cuba minta, tapi dye x bagi. Aku kejar dye sampai mane2 tah sambil call shila. Kelakar jugak laa macam main rebut2 troli pulak. Malang betul bole kejar2 untuk dapatkan troli tuh balik. Bagi aku, ni dah kali ke 2 aku kehilangan troli.Haha. Akhirnya dapat jugak troli tuh balik. Setelah membayar, kami pun pulang ke maktab.

Kejadian hari nih sangat malang jugak laa. Singkatan kronologi kejadian pada hari ini adalah :

1. Terlepas 2 bas mase nak pegi ayer hitam
2. Kene tipu jugak laa semasa bershopping di ayer hitam.
3. Kene ikut ngan laki mane tah. Sangat menakutkan aku sebab aku sangat fobia dengan kejadian seperti ini.
4. Troli dibawa lari.
5. Bas terlajak mase nak balik maktab. Terpaksa lah melintas tanpa menggunakan trafic light.