: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label kahwin ?. Show all posts
Showing posts with label kahwin ?. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Kahwin - part 3

uihh . Tak sangka kan . Dah 2 paper untuk final exam nih berlalu. Alhamdulillah . Dann . Aku ade banyak bende nak tulis dalam entri kali nih . Maaf laa kalau rase ianya panjang ea . Aku try nak pendekkan .

Oke oke . Kahwin part 3 bersambung . Dann , kali nih aku mahu bercerita tentang perkahwinan kawan baik aku, Linda Bt Abdullah ngan suami dye , mohd iskandar sufian shah bin yahya . Alhamdulillah . Majlis selamat disempurnakan . Sumpah weh aku rase happy giler dan macam tak caye je kawan aku kawin . Terima kasih kerana sudi mengundang kami sekeluarga .

Majlis bermula dengan akad nikah di Masjid besar kajang pada jam 4 petang , 29 oktober. Dengan sekali lafaz je, kawan aku tuh dah selamat jadi isteri orang . Pehh . Sdey doe . Pada malam tuh , upacara inai gantung . Family aku sempat datang jugak laa pade malam tuh .

Pada 30 Oktober, majlis persandingan diadakan dan palingg laa takley bla, aku kene jadi pengapit pengantin perempuan . Haha . Demi kawan aku , tape laa . Aku sanggup . Persandingan bermula pada jam 1 petang . Majlis ditamatkan pada jam 4 petang dan bersambung selepas maghrib dengan upacara pemotongan kek . Atas sebab yang tak dapat nak dielakkan , aku tak dapat laa nak datang pade malam tuh .



Hantaran daripada pihak perempuan yang aku tak ingat berape jumlah semuanya .


Malam inai gantung.


Sebelum bersanding .


Di atas pelamin


Makan time . haha


Makan jugak :)


Saya dan dia .


Ini kawan aku jugak, farhana ngan lynn .


Aksi sporting sampai tak tahan gelak :))

Farhana dan lynn .


Inilah kami . Kawan baek sejak sekolah rendah .

Semoga korang berbahagia sehingga ke akhir hayat ea . aminn :))

Oke . Cerita lain , 29 oktober juga merupakan hari berbahagia buat aku Thanks ! Hati aku dah berbunga bunga nih :) u will be mine dear .

Dann . Tak sabar nak berjalan jalan dengan Cik kembar , Cik pinut , Cik sue , Cik husna , Cik shila ngan Cik wawa . Cepat laa mase .

Dann . Dah seminggu pemergian kawan yang same same kerja ngan aku ke rahmatullah . Alfatihah . Semoga roh kau dicucuri rahmat dan tenang disana . Macam baru je semalam kau miskol aku kan . Dan bagaikan mimpi , kau dah pergi selama lamaya .

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati
tulus ikhlasmu luhur budimu bagaikan tiada ganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan hati ....
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati

Dann . Tolong laa jangan cakap aku nih taik hidung masin . Plzz .. Thanks .

Sunday, October 24, 2010

kahwin - part 2

sambungan kepada kahwin part 1 . Oke oke. mari kita list kan ciri ciri lelaki dan wanita yang menjadi pilihan .

perempuan :

- cantik
- bijak
- pandai masak ( mesti laa )
- bukan pisau cukur
- lemah lembut
- pemaaf
- penyayang
- pemurah dengan senyuman
- tidak bergantung kepada orang lain
- berdikari
- menghormati orang tua
- boleh menggembirakan orang lain
- mengambil berat soal agama



lelaki :

- kacak
- penyayang
- baik hati
- tidak terlalu ego
- tidak panas baran
- gentle
- mudah mengalah
- menghormati orang tua
- berpendidikan
- tidak pemalas
- pembersih
- kaya dengan senyuman
- pandai mengambil hati
- mengambil berat soal agama


lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik . Itu saje . Jadi , beramal lah untuk mendapatkan pasangan hidup yang terbaik .

Sunday, October 17, 2010

kahwin - part 1

Masa yang sibuk memanjang sudahpun berlalu. Masa kesenggangan yang melampau lampau telah tiba. Haha. Ini adalah perkara biasa yang berlaku semenjak aku bergelar pelajar disini.


REALFRIENDSAREFOREVER !


Yes, they're. Oke. Aku ade sorang kawan baik. Betul weh. Memang kami kawan baik pun since sekolah rendah. Dia laa kawan susah senang, mengate memuji, nangis ketawa aku selama nih. Kau memang terbaek lah kawan. Tup tup, hari tuh dye bagitahu aku yang dye nak kawin. OMG. Gila awal doe kau nak kawin. Huwaaaaaaaaa :(( kesian aku kan pasnih. Bujang bujang agy. Ketawa nangis kene sorang sorang. Weh tak kira jugak, kau kene dengar jugak sume tuh. Kau dah janji kan our friendship never last kan kan ? Tarikh perkahwinan dye tak lama lagi. Lagi pun memang dekat sangat dengan final exam aku. Tape2. Aku nak balik jugak sebab kau kawan aku. Aku janji.

Bercerita pasal kahwin, aku ade tertengok video perkahwinan anak owner company Naza tuh. Nanti aku upload ye videonye .FUYYYOOOO. Sumpah grand babe. Orang kaya pun takde nak wat majlis sampai 1 week. Memang tabikk berspringgg laa. Dan aku pun berangan nak buat majlis yang macam tuh masa aku kahwin. Bajet banyak duit laa aku nih. Jap. Setelah kira2, sampai mati pun tak dapat nak bayar balik kos majlis seminggu tuh. Reject balik laa. HAHA.

Pejam celik pejam celik sekejap je umur aku nak masuk 20 tahun.Dan dalam sekelip mata je pun, ramai kawan kawan aku yang nak kawin dalam masa terdekat nih. Cik aina oh cik aina, kau bila lagi ? Haha. Korang tahu tak, mak aku tak kasi kawin masa belajar. Adelah sebabnya. Tak kira kalau aku nak dapat posting dekat ke ape ke, dye memang tak kasi. Tapi aku tak kisah kott sebab aku belum jumpa Mr. Right. Yang aku nak, dye tak nak, Yang aku tak nak, Dye nak. Macam macam lah.

Yes yes ! Aku berjaya tahan godaan.

Dan lagi satu, tak masuk topik nih. Aku tiba tiba rasa penggunaan handphone bukanlah satu keperluan untuk diri aku buat masa nih. Tiba tiba je aku terasa macam nih. Dulu masa sekolah, amboi, boleh dikatakan handphone tuh macam nyawa aku. Tangan pulak asyik menggedik2 je main mesej ( mak aku cakap. HAHA ). Tapi sekarang, takde handphone pun tape. Dulu zaman sekolah, time gatal2 lagi ade pakwe. Mak ayah cakap pun tak mau nak dengar. Sepanjang masa berkepit dengan handphone je dan yang paling tak bole bla nye, nak g jamban pun bawak sekali. Nasib tak jatuh dalam lubang jamaban je tuh . Sekarang bila da beso, tiada istilah pakwe ( bakal suami je tengah cari ), baru aku rasa. Padan muka . Lagi2 bila aku tengok adik adik aku membuat perkara yang sama seperti ape yang aku buat dulu, aku sendiri tak boleh nak cakap ape. Sebab aku pun same je dulu. Persoalan yang tak terjawab sekarang, kenapa aku tak boleh menggunakan 1 handphone je ? Ade sape tak bole tolong jawab kan ?

Dan secare tiba tiba lagi aku rindu kat kau, Mr. s . Aku pun tak tahu kenapa. Sengal kan .