: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label cerita kawan :). Show all posts
Showing posts with label cerita kawan :). Show all posts

Saturday, March 5, 2011

KTP 2011

Salam semua . Sudaa lame jugak rasenye tak update belog . Busy macam PM laa katekan . Haha . Okay, 1 - 3 Mac baru nih Ipg aku anjurkan Kejohanan Trek Dan Padang Kali ke 18 , dikelolakan oleh senior PJ sem 3 ngan kerjasama senior senior sem 5 . Hari pertama dimulakan dengan merentas desa . Cuba teka aku dapat nombor berape ? Haha . Aku kan hebat , mane laa boleh dapat nombor (ayat bajet nak mampus) .

Okay, hari kedua pulak dipenuhi dengan saringan sukan . Memandangkan aku nih termalas pulak , jadi aku malas nak masuk ape ape acara . Sebab nanti kalah , aku meraung pulak macam budak kecik . Lebih baek jadi penonton setia a k a pasukan sorak bawah pokok .

Hari last pulak , baru nak ade perasmian KTP dan perbarisan dari rumah sukan dan unit beruniform . Rumah sukan diwakili oleh junior aku , manakala unit beruniform diwakili oleh senior sem 3 . Acara padang peringkat akhir jugak turut diadakan . Dan ternyata anugerah Olahragawan dan Olahragawati diterima oleh orang yang kami dah jangka . Tahniah diucapkan . Harapan untuk KTP yang akan datang , aku nak masuk acara laa . Sekali pun jadi laa . Cehh , macam bole je .









hari nih nasib agak malang laa . Tadi keluar dengan cik rumet , cik kembar ngan her BF . Dah plan baik punye . Nak makan secret recipe , kedai blackout pulak , nak beli kasut , tade saiz pulak , nak makan nasi lemak wet world , classmate aku cakap kedai tutup pulak. Aduhaii naseb


psst ; sedih dengan sikap gemok :(

Friday, January 14, 2011

Entri khas kepada NORAISHA JASMIL


Yang kat sebelah kanan itulah entri ini ditujukan .

Kepada Cik Noraisha Jasmil

HAPPY BIRTHDAY !!!

Going older yeaa .

20th .

May allah bless u always .

Sayang kauu sangat .



p/s : terlambat wish pulak :((

Friday, December 31, 2010

PERINGATAN : Entri ini agak panjang . Maaf ye .

Okay . Masa untuk menghabiskan cuti semester pun dah nak habis . Aku pulak tercari cari semangat untuk balik ke IPTHO tercinta . Haha .

Pengalaman cuti kali nih siyes best , Memang tak rugi laa kerajaan bagi kami cuti semester dan aku gunakan untuk menimba pengalaman bekerja walaupun hanya selama sebulan je . Atleast poket aku tade laa kosong kan sementara tunggu elaun degree dapat. Kali nih aku memilih kedai makan sebagai lokasi aku nak timba pengalaman . Dan aku telah bekerja di Restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah . Alaa . Cawangan pelangi smenyih . Dekat je kott ngan umah aku tuh . Crew yang menjadi tunggak utama perniagaan ini adelah Abg Nazrin , Abg Najib , Abg Hafiz , Abg Yie , Abg Sopi , Kak ina , Bibik , Acik Jennifer , Black , Ayang , Boy , Pendek , Capang , Udin , Wani , Syuhada , Syukri , Abg Kamal , Kak Fazilah ngan Aida . Cawangan restoran ini disini merupakan cawangan kedua dan 1.1.2011 , cawangan ketiga pulak akan dibuka di puncak alam .

Selama sebulan laa aku bekerja kat sini , banyak sangat benda yang aku pelajari . Antaranya cara nak serve custumer , ambil order , manage kerja , buat air tanpa perlu rasa , dan macam macam lagi laa

Aku mulakan dengan Abg Najib selaku pengurus cawangan . Okay . Suka betul panggil aku cikgu pastuh suke sangat ngolok aku . Tapi aku tak kesah sebab tuh laa yang selalu buat aku tersenyum .

Next : ini dia black . Nama dia sebenarnya Shahrul Azuan . Dipanggil black sebabnye dye itam kott . hehe . Special cket laa dye nih sebab dye orang yang paling rapat ngan aku masa aku keje . Suka suka dye je nak usik aku , bawak lari fon aku . Buat aku mengamuk macam nak gila .

Next : Abg Sopi ngan Si Capang . Capang nih kawan kepada adik aku , Abg sopi nih pulak pembantu dapur . Memang best laa sebab kalau aku nak makan pape , Abg sopi dengan sukarelanya nak tolong masakkan . Dan Abg sopi jugak laa yang ajar aku buat Teh dangdut .

Next : Ayang . Kenape ayang ? Haha . tuh aku tak boleh nak jawab laa . mata kau tuh gatal je kan n kau sangat bermata keranjang . Tapi aku selalu ingat 1 ayat kau tuh :))

Jeng jeng jeng . Inilah teh dangdut hasil buatan tangan aku sendiri . Masa nak isi teh tuh , macam bergelek gelek je susu tuh . Thats y laa orang panggil teh dangdut . Sape nak belajar , bole jumpa aku ye .

Kepada yang lain , maaf laa gambar korang tak sempat aku nak curi sebab korang laa nih nak rumble aku masa hari last aku kerja . Walau ape pun aku tetap ingat kat korang . Rindu korang semua :)

Okay . Tutup cerita pasal kerja , Aku nak sambung cerita pasal nak naik degree nih . Terkezzuuttt beruk babun laa weh bila dapat taw jadual dah keluar . Ni dia jadual kelas aku untuk semester 1

Aku nak analisis jap . Okay , nampaknya kelas tak berapa banyak macam sem yang lepas lepas dan ohh tidakkk ! Kenape subjek ELP tersesat disitu ? Adekah ini menandakan aku bakal memegang English Language sebagai minor subjek ? Mimpi ngeri ini bakal menjadi kenyataan tak lama lagi sebab aku sangat mengimpikan BM sebagai minor subjek untuk degree nanti .

Tape laa . Andai tu laa takdir , aku terima je laa nampknya .. Yang pasti , Aku agak bersemangat untuk kembali kerana mendapat rumet baru . Yeay !

Hari nih hari terakhir untuk tahun 2010 . So , aku ade azam baru laa . Padahal azam 2010 tak sume yang tercapai pun .

Azam untuk tahun 2011 :

1 . Amek lesen . Tak kira !

2 . Berharap akan bertemu dengan orang yang betul .

3. Semakin bersemangat untuk belajar

AMINNN

Monday, November 22, 2010

V o c a t i o n sem 3

Cuti semester baru je bermulaa . Dan aku pun tersangatlah busy terutama mase nak start cuti tuh . Macam2 kene buat . Kemas barang laa , prepare untuk paper last laa . Hmm. Kali nih aku nak cerita pasal vocation aku ngan cik cik tersayang . Vocation kali nih adalah ke Melake . okay, mungkin korang korang sume pelik apesal laa melake jadik lokasinye kan kan. Memang laa dah salu pegi, tapi kau semua tak tahu betapa seronok nye vocation kami kali nih . Maaf terupdate lambat .

Habis je paper RBT 1 , aku ngan cik cik sekalian dah tak sabo2 nak pegi holiday dan kami memulakan perjalanan pada jam 6 petang ye. Lokasi sasaran pertama : Medan ikan bakar di umbai . Matlamat : berjaya dengan cemerlang . Ini disebabkan cik cik sekelian tak sabo2 nak makan . Haha .



Lokasi sasaran kedua : ke pandai dan makan burger . Matlamat : Gagal !! Hal ini disebabkan hujan separuh jalan yang membuatkan cik cik sekelian membuat keputusan untuk ke lokasi seterusnya . Kempunan aku nak makan burger ~~~

Lokasi sasaran ketiga : Rumah suehaiza . Matlamat : Berjaya . Setelah kekenyangan, lokasi inilah yang jadi sasaran kami untuk berehat . Thanks a lot to sue and family sebab memberi pinjam rumah untuk kami berehat . Teringat pada malam tersebut . Cik cik sekelian sangat hebat lah sebab berjaya menentukan sempadan masing masing .

Lokasi sasaran keempat : Zoo Melaka ( tempat aku nak jumpa kaum kerabat aku laa ) . Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Terima kasih kepada cik cik sekalian kerana menemani aku berjumpa kaum kerabatku . Lame jugak laa tak masuk dalam zoo nih . Bayaran sangat berpatutan iaitu RM 7.

Lokasi sasaran kelima : Taman Buaya . Matlamat : Tidak berjaya akibat kekangan masa. Lokasi berubah ke Melaka Wonderland . Sangat sangat best dan tak sabo nak masok. Bayaran agak mahal tapi kira okay laa kot , RM 26 untuk dewase ye . Tapi kalau dah masuk , sangat puas hati . Macam macam yang aku main kat dalam tuh. Paling best laa yang macam flush tuh ngan ape tah namenye yang 1 lagi . Nak tercabut jantung tahu .

Lokasi sasaran keenam : Taman mini malaysia . Mtlamat : tidak berjaya jugak akibat kekangan masa tapi lokasi digantikan ke MCD . okay , eating time ! Rumet aku laa yang makan paling banyak . Ayam , bubur , Mcflurry lagi. Haha . Jangan marah yee rumet . Okay . Kemudian bergambar di hadapan Taman Buaya .

Lokasi sasaran ketujuh : Mydin yang dekat dengan MITC tuh. Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Akibat aku yang terlepas cakap nak pegi Mydin yang beso tuh , aku telah dibahan oleh cik cik sekalian dan atas budi bicara baik mereka, kami berjaya ke lokasi sasaran.

Lokasi sasaran kelapan : GSC Dataran Pahlawan . Matlamat : berjaya . For the first time aku pegi tengok movie midnight . Cerita yang ditengok adelah Death Place . Dan first time aku terasa takot bila tengok cite hantu . Haha. Sebelum tengok wayang, kami pergi makan ke warung berdekatan . Amboi, mahal jugak ye. Nampak je warung tuh macam **** tapi .. Kemudian, lepak di padang main true or dare. Masa ni lah rahsia terbongkar. Hahaha

Lokasi sasaran kesembilan : Bandar melake dan jonker walk. Matlamat : berjaya . Puas berjalan sehingga kepenatan . Dan aku ketiduran apabila berada didalam kereta.

Lokasi sasaran kesepuluh : Muar . Matlamat : gagal kerana kekangan masa. Kempunan lagi nak ke lokasi kejadian n makan mee bandung muar. Lokasi bertukar ke gerai mee racun. Terubat kempunan sekejap . Hehehe

Lokasi terakhir : IPTHO kesayangan cik cik sekalian. Matlamat : Berjaya ! Alhamdulillah. Jam 9 malam 11 Nov kami selamat sampai ke iptho dan bersiap siap untuk menghadapi paper terakhir pada 15 nov dan berkemas kemas untuk cuti semester.

Walaupun vocation kali nih tak lama, tapi ni laa saat yang paling best sebab aku rase aku dah macam orang besar . Cik cik sekalian, kite rancang pulak our vocation untuk next sem. N make sure have a big plan okay. Thanks a lot cik cik sekalian sebab mengubati kesedihan aku .

Saturday, November 6, 2010

Happy Birthday !!!


Happy Birthday ..
may allah bless u always .

Jadilah orang yang bertambah matang lagi lepas nih yee.
Semoga bahagia selalu .


Wednesday, November 3, 2010

Kahwin - part 3

uihh . Tak sangka kan . Dah 2 paper untuk final exam nih berlalu. Alhamdulillah . Dann . Aku ade banyak bende nak tulis dalam entri kali nih . Maaf laa kalau rase ianya panjang ea . Aku try nak pendekkan .

Oke oke . Kahwin part 3 bersambung . Dann , kali nih aku mahu bercerita tentang perkahwinan kawan baik aku, Linda Bt Abdullah ngan suami dye , mohd iskandar sufian shah bin yahya . Alhamdulillah . Majlis selamat disempurnakan . Sumpah weh aku rase happy giler dan macam tak caye je kawan aku kawin . Terima kasih kerana sudi mengundang kami sekeluarga .

Majlis bermula dengan akad nikah di Masjid besar kajang pada jam 4 petang , 29 oktober. Dengan sekali lafaz je, kawan aku tuh dah selamat jadi isteri orang . Pehh . Sdey doe . Pada malam tuh , upacara inai gantung . Family aku sempat datang jugak laa pade malam tuh .

Pada 30 Oktober, majlis persandingan diadakan dan palingg laa takley bla, aku kene jadi pengapit pengantin perempuan . Haha . Demi kawan aku , tape laa . Aku sanggup . Persandingan bermula pada jam 1 petang . Majlis ditamatkan pada jam 4 petang dan bersambung selepas maghrib dengan upacara pemotongan kek . Atas sebab yang tak dapat nak dielakkan , aku tak dapat laa nak datang pade malam tuh .



Hantaran daripada pihak perempuan yang aku tak ingat berape jumlah semuanya .


Malam inai gantung.


Sebelum bersanding .


Di atas pelamin


Makan time . haha


Makan jugak :)


Saya dan dia .


Ini kawan aku jugak, farhana ngan lynn .


Aksi sporting sampai tak tahan gelak :))

Farhana dan lynn .


Inilah kami . Kawan baek sejak sekolah rendah .

Semoga korang berbahagia sehingga ke akhir hayat ea . aminn :))

Oke . Cerita lain , 29 oktober juga merupakan hari berbahagia buat aku Thanks ! Hati aku dah berbunga bunga nih :) u will be mine dear .

Dann . Tak sabar nak berjalan jalan dengan Cik kembar , Cik pinut , Cik sue , Cik husna , Cik shila ngan Cik wawa . Cepat laa mase .

Dann . Dah seminggu pemergian kawan yang same same kerja ngan aku ke rahmatullah . Alfatihah . Semoga roh kau dicucuri rahmat dan tenang disana . Macam baru je semalam kau miskol aku kan . Dan bagaikan mimpi , kau dah pergi selama lamaya .

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati
tulus ikhlasmu luhur budimu bagaikan tiada ganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan hati ....
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati

Dann . Tolong laa jangan cakap aku nih taik hidung masin . Plzz .. Thanks .

Hot Title .