: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label bersiarSIAR. Show all posts
Showing posts with label bersiarSIAR. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Seharian bersama The eyka dan Cikmokmok

Salam readers . Dah berape hari tak update belog . Tah laa . Aku kekeringan idea actually . Baru dapat idea mahu cerita . Tadi aku ngan cik eyka berhangout . Mulanya nak ajak laa cik bodyguard tapi malangnya xjd pulak . Sedih tahu ! Tape . Dah lama rupanya aku tak kua sorang sorang , jadi mengambil keputusan untuk menunggu cik eyka di KL sentral je . Berani tak ? Sebab untuk pengetahuan semua , aku sangat laa tak menggemari untuk keluar seorang , sebab aku takut laa weh . Dunia sekarang mane selamat .

Lokasi pertama , Jalan TAR . Sebab nak teman cik eyka beli shawl dan dengan aku sekali terhasut nak beli jugak . Hahahaha . Orang cakap barang murah kat situ , murah ke ? Aku rasa biase je , mahal jugak laa . Beli punya beli , tak sedar dah lebih Rm 50 dah habis kat situ je . Okay , malas nak menempel je kat situ , kami pun blah . Sebelum tuh , ternampak cik Diana Rafar ngah shooting . Tengok life babe !

Next , teringin nak lepak kat TS , okay , kami pun pergi . Paham paham jelaa kalau dah sampai cni kan , nampak itu nak beli , nampak ini nak beli , itulah nafsu perempuan . Kene pulak ditemani oleh cik eyka yang sekepale kuat shopping pulak tuh , memang macam air jugak laa duit aku mengalir . Paling penting , aku teringat masa kejadian kat kedai payung . Banyak gila payung yang aku suh bukak , saje je kann , tapi aku beli laa weh . Tengok muka orang tuh dah macam hott gila , aku cam tak sampai hati lak tanak beli padahal ... Okay , taknak habiskan duit , kami pun blah dari TS .

Next , melayan cik eyka yang nak beli seluar , so pergi BB plaza . Cari punya cari , tak jumpa yang berkenan . Kat sini aku tak beli ape ape .

Next , pergi Low yat , tempat feberet aku . Teman cik eyka lagi , beli mp3 . Masa ni laa Cikmokmok cakap nak jumpa . Gembiranya tak terkata ! Lama ouh tak jumpa . Tak dapat kua ngan bodyguard , kua ngan cikmokmok pun okay dah .Best jugak !

Last , Mid Valley . Semate mate nak jumpa cikmokmok saye . Ehehe . Aku buli dia , padan muka ! Siyes , time nih rase nak patah kaki dah , penat wehh . Alaa . Tak sempat nak pau dye , ayah dah call tanya bila nak balik . Nak bagitahu nih, Cikmokmok dan the eyka , saya sangat gembira dapat jumpa awak semua !

Otw nak balik , banyak kali salah jalan . Mana aku tahu , kan dah malam , mata aku pun bulau laa . Cikmokmok asyik gelak je . Cik driver pulak dah bengang je . Sory ye kamu kamu semua .



psst ; tak sempat nak snap pic banyak banyak sebab fon dah kehabisan bateri .


Thursday, January 27, 2011

Elaun !



Salam readers ! Wahh . Pecah rekod bila berjaya bersengkang mata untuk hari ini . Padahal aku sangat letih , gembira dan tak berape nak sehat pulak hari nih . Pehh . Excited betul aku malam nih . Okay . Bahawa saya , Cik Aina Fatehah mengisytiharkan bahawa elaun untuk pelajar IPTHO sudah keluar . Alhamdulillah . Rase nak terloncat loncat je . Terima kasih cik cik kerani ke sape ke yang berjaya memenuhi kehendak dan keperluan terdesak ini . Kepada pelajar ipg lain yang masih belum menerima elaun , diharap bersabar ye .

Kepada ahli kelas aku , esok cik ceti halal nih nak kutip hutang korang yang berkurun tuh . Ary tuh sume janji tunggu elaun masuk kan ? Siaplah korang esokk . hahahah


Sebagai tanda kemerdekaan daripada kesesakan elaun , aku , cik rumet , dengan jiran sebelah bilik iaitu cik sue dan cik husna meraikan kemasukan elaun dalam akaun bsn kami dengan berhangout bersama . Walaupun hanya hangout berempat , kami tetap gembira sebab tak penah lagi kelua dengan perasaan yang sedih kan ? Merealisasikan matlamat kami iaitu menyambung kembali perlawanan bowling antara rumet . Malangnya , semangat rumet aku tetbe berkurangan tanpa mengetahui puncanya . Dan tak malang bila aku pulak yang terlebih bersemangat . Hahaha . Keputusannya ? korang teka ..


Meneruskan perancangan kami dengan aktiviti yang paling rutin iaitu memekak di karaoke jamban . Best ! Nasyid jadi pilihan tetapi tak nyanyi pun . Seterusnya bershopping ! Malangnya , aku tiba tiba terasa macam nak demam . Ohh man , ianya telah menspoilkan mood bershopping ! Sampai tak terbeli pun barang yang ade dalam senarai aku . Grrr .


Okay , lepas je puas bershopping , kami pun pulang dan masing masing membuat perancangan teliti dan rapi untuk menyambut hari tua cik jiran sebelah . Nak bagitaw, cik rumet melunaskan janji beliau kepada kami . Dapat lah merasa donut dari green apple . Tengs rumet !


psst ; aku dengar ade yang tak puas hati pasal elaun ye . Tak baek tau . Hey , bersyukur lah dengan ape yang ada .




Monday, November 22, 2010

V o c a t i o n sem 3

Cuti semester baru je bermulaa . Dan aku pun tersangatlah busy terutama mase nak start cuti tuh . Macam2 kene buat . Kemas barang laa , prepare untuk paper last laa . Hmm. Kali nih aku nak cerita pasal vocation aku ngan cik cik tersayang . Vocation kali nih adalah ke Melake . okay, mungkin korang korang sume pelik apesal laa melake jadik lokasinye kan kan. Memang laa dah salu pegi, tapi kau semua tak tahu betapa seronok nye vocation kami kali nih . Maaf terupdate lambat .

Habis je paper RBT 1 , aku ngan cik cik sekalian dah tak sabo2 nak pegi holiday dan kami memulakan perjalanan pada jam 6 petang ye. Lokasi sasaran pertama : Medan ikan bakar di umbai . Matlamat : berjaya dengan cemerlang . Ini disebabkan cik cik sekelian tak sabo2 nak makan . Haha .



Lokasi sasaran kedua : ke pandai dan makan burger . Matlamat : Gagal !! Hal ini disebabkan hujan separuh jalan yang membuatkan cik cik sekelian membuat keputusan untuk ke lokasi seterusnya . Kempunan aku nak makan burger ~~~

Lokasi sasaran ketiga : Rumah suehaiza . Matlamat : Berjaya . Setelah kekenyangan, lokasi inilah yang jadi sasaran kami untuk berehat . Thanks a lot to sue and family sebab memberi pinjam rumah untuk kami berehat . Teringat pada malam tersebut . Cik cik sekelian sangat hebat lah sebab berjaya menentukan sempadan masing masing .

Lokasi sasaran keempat : Zoo Melaka ( tempat aku nak jumpa kaum kerabat aku laa ) . Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Terima kasih kepada cik cik sekalian kerana menemani aku berjumpa kaum kerabatku . Lame jugak laa tak masuk dalam zoo nih . Bayaran sangat berpatutan iaitu RM 7.

Lokasi sasaran kelima : Taman Buaya . Matlamat : Tidak berjaya akibat kekangan masa. Lokasi berubah ke Melaka Wonderland . Sangat sangat best dan tak sabo nak masok. Bayaran agak mahal tapi kira okay laa kot , RM 26 untuk dewase ye . Tapi kalau dah masuk , sangat puas hati . Macam macam yang aku main kat dalam tuh. Paling best laa yang macam flush tuh ngan ape tah namenye yang 1 lagi . Nak tercabut jantung tahu .

Lokasi sasaran keenam : Taman mini malaysia . Mtlamat : tidak berjaya jugak akibat kekangan masa tapi lokasi digantikan ke MCD . okay , eating time ! Rumet aku laa yang makan paling banyak . Ayam , bubur , Mcflurry lagi. Haha . Jangan marah yee rumet . Okay . Kemudian bergambar di hadapan Taman Buaya .

Lokasi sasaran ketujuh : Mydin yang dekat dengan MITC tuh. Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Akibat aku yang terlepas cakap nak pegi Mydin yang beso tuh , aku telah dibahan oleh cik cik sekalian dan atas budi bicara baik mereka, kami berjaya ke lokasi sasaran.

Lokasi sasaran kelapan : GSC Dataran Pahlawan . Matlamat : berjaya . For the first time aku pegi tengok movie midnight . Cerita yang ditengok adelah Death Place . Dan first time aku terasa takot bila tengok cite hantu . Haha. Sebelum tengok wayang, kami pergi makan ke warung berdekatan . Amboi, mahal jugak ye. Nampak je warung tuh macam **** tapi .. Kemudian, lepak di padang main true or dare. Masa ni lah rahsia terbongkar. Hahaha

Lokasi sasaran kesembilan : Bandar melake dan jonker walk. Matlamat : berjaya . Puas berjalan sehingga kepenatan . Dan aku ketiduran apabila berada didalam kereta.

Lokasi sasaran kesepuluh : Muar . Matlamat : gagal kerana kekangan masa. Kempunan lagi nak ke lokasi kejadian n makan mee bandung muar. Lokasi bertukar ke gerai mee racun. Terubat kempunan sekejap . Hehehe

Lokasi terakhir : IPTHO kesayangan cik cik sekalian. Matlamat : Berjaya ! Alhamdulillah. Jam 9 malam 11 Nov kami selamat sampai ke iptho dan bersiap siap untuk menghadapi paper terakhir pada 15 nov dan berkemas kemas untuk cuti semester.

Walaupun vocation kali nih tak lama, tapi ni laa saat yang paling best sebab aku rase aku dah macam orang besar . Cik cik sekalian, kite rancang pulak our vocation untuk next sem. N make sure have a big plan okay. Thanks a lot cik cik sekalian sebab mengubati kesedihan aku .

Thursday, September 2, 2010

Berbuka puasa bersama mereka.

Setelah berbincang bersama semua, maka terlerailah janji antara dua pihak. Semalam, 1 Sept 2010 kami sekelas pergi berbuka puasa beramai ramai. Lokasi : Restoran Serambi Rasa. Menu : Buffet Ramadhan. So, macam macam makanan laa ade. Harga : RM 15.00 Per pax. Mahal ? Bukan duit korang pun kan. Haha.

Kami mendapat khidmat penghantaran pelajar menggunakan kereta yang di pandu oleh Shamil dan Ismail. Dan masa balik pula kereta Ismail di pandu oleh Husna dan Syahmie.

Bertolak dari maktab janjinya pada pukul 5.30 petang. Tapi biasa lah kan. Janji melayu laa katakan. Pukul 6 petang baru bertolak.

Pelbagai juadah yang disediakan dalam menu Buffet Ramadhan. Paling gembira bila melihat budak lelaki yang makan banyak. Sapekah ? Haha. Teka teka..

Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat maghrib dan pergi ke dataran. Malangnya .. Kereta yang dipandu oleh Husna terkandas di tengah jalan. Ulang sekali lagi. Di tengah jalan. Sebabnya kereta tersebut kehabisan minyak. Tapi mereka bernasib baik kerana moto yang ditunggangi oleh Nizam dan Rafi berada tidak jauh dari mereka. Kami menunggu hampir setengah jam di tepi jalan untuk menunggu berita tentang kereta yang dipandu oleh Husna. kecuakan mereka terserlah setelah aku menelefon salah seorang daripada mereka dan aku dapat agak riak suara mereka. Kasihan sungguh kan.

Kami meneruskan perjalanan ke dataran ( BP walk ) . Di dalam kereta, pelbagai cerita dan gelak ketawa lagi lagi bila mengenangkan tentang kereta tersebut.

Sesudah sampai ke BP walk, kami berjalan jalan dan atas jasa baik K.O kami, beliau belanja kami minum. Terima kasih ye Nizam. Tepat pukul 11 malam, kami bergerak pulang ke maktab.



p/s : di tengah jalan bukan bermaksud kereta tuh berhenti di tengah2 jalan raya tapi di pertengahan jalan ye. harap maklum.

Monday, August 30, 2010

sepetang bersama mereka ..






p/s : terima kasih semua. Best dapat hangout bersama :))