: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Showing posts with label itsMOMENTO.. Show all posts
Showing posts with label itsMOMENTO.. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

201 ; Wordless wednesday



psst ; Hanya gambar yang berhak menceritakan keadaan :)

Wednesday, October 19, 2011

Bestie part 1


Assalamualaikum. Selamat petang .


Petang2 nih tetbe hati terpanggil untuk menulis tentang someone yang aku rindu gak lah. Sapekah ? Hehehe . My bestie laa . Ada 2 actually. Firstly aku nak cerita pasal sorg bestie aku dari sekolah rendah nih... Her name is Linda

Bermulah kisah ...

Aku kenal dye nih lame dah. Almost 9 years since aku pindah ke kajang. Lame giler weh . Actually, ktorg nih 1 kelas. Maklumlah, aku kan budak baru masuk, kompem2 laa aku tade kawan lagi n sure laa aku segan2 cket. Hehe. So, geng2 dye laa yang start kenal2 aku dulu. in Year 5, aku tak rapat sangat n mula rapat ble masuk year 6. Mase tuh aku ingat lagi kitorg dah tak 1 kelas, walaubagaimanapun, kamceng gak laa. Rehat same2. Paling tak lupe bila ktorg ade basikal same2, eksen giler p naik basikal pegi sekolah, balik sekolah. Berlanjutan sampai aku form 3 where we're state in the same secondary school.

Terlalu banyak kenangan yg kami simpan sepanjang persahabatan nih. Dengan dye laa slalu kongsi kegembiraan, dgn dye jugak tempat aku nangis n macam2 lagi laa. Dulu, asal hari khamis je, mmg x kan miss laa pegi pasar malam yg dekat dgn skolah kami tuh. Punye laa count down plus excited habis nak tunggu hari khamis. Tak boleh blah kan . Benda yang wajib kami beli pulak air soya, keropok lekor, dan roti john. Haha.

Okay, dgn dye jugak, aku berani melangkah ke CC . Org ckp, mat2 rempit je slalu lepak kat CC tapi we don't care. Ktorg bukannye buat maksiat pun pg sane. Just surfing internet nak buat kerja kursus sebab zaman tuh, rumah aku ngan dye tade talian internet kat rumah. First time masok CC, too scared okay. but after 2 or 3 times, baru okay cket.

Aktiviti slalu buat pas balik sekolah, mesti singgah kedai buku EA . Aku pun tataw apesal aku nih suke singgah kat situ. Nak kate barangnye murah, tak jugak laa. Tp best. Tauke Kedai buku tuh pun dah biase dah nengok muke kami. Sometimes, its annoying, right ? HAHA

Mase habis PMR, kitorg decide konon2 nak masok sekolah teknik yang sama, Taknak berpisah le konon2nye lah kan sebab aku nak avoid from carry biology and EST subject. Last2, ktorg decide untuk pilih sekolah teknik di negeri sembilan. Aku pilih SMT tuanku jaafar n dye pulak SMT kuala klawang. Tp course yang ktorang amek sangat berbeza. Rezeki kami murah dan berjaya masok ke sekolah yang kami pilih. Masa tuh sedih kot sebab first time aku rase jauh giler dari dye. Tapi tape, tetap dalam 1 negeri. Bila cuti, boleh je jumpe. Bila outing pun. Even, we're at different places, but our friendship were never end. And, i'm proud of it.

Habis je SPM, too pity when she got unexpectable SPM result. Its same goes to me. Melalak aku weh , 1 minggu muram je. Mengalahkan org hilang anak dah . But alhamdulillah, i still had a chance to futher my study. Em. Back to my friend, she were very sad and after a few months later, her father had passed away. AL Fatihah. Since that, she dont want to further study because she wanted to take care of his mother and in addition, her mother were sick. Walauapepun, aku tengok dye tuh tabah je dengan dugaan yang menimpa. Tabik triple spring laa babe !

We shared everything. I do lean my ears for her everytimes when she needs me till now. Dye pun same. Susah ke senang ke, dye mesti ada dengan aku. . Aku ade masalah ngan sape2 ke, mostly aku cite . Bile aku rase tak tenang, aku tanya dye macam dye ade je jawapannnye. Gelak same2, Seingat aku, kami tak pernah bergaduh, apetah lagi bermasam muke. Kalau aku marah kat dye pun, kompem aku gelak balik. Macam tuh gak dye. Tak penah amek pusing pasal marah aku, marah dye. Masalah dye, masalah aku jugak. Bergossip pun same2. Haha . Normal okay .

Perangai kitorang hampir same, ape yang aku suka, dye pun suke. Kat mana ada dye, kat situ aku ada. Family ktorang pun dah saling kenal. Kami datang dari latar belakang kehidupan yang hampir sama, kami tak kaya, tak jugak miskin. Sebab tu laa kami 1 kepala.Teringat pulak, bile aku nangis sekarang nih, dye mesti cakap, " Aina, kau bukan yang aku kenal dulu. Aina yang aku kenal bukan kuat nangis, tak mudah mengalah. Orang lain pun x penah nak pijak kepale kau. Tapi kenape aku tngok kau dah lain eh ? Ohh, mesti sebab aku takde kat sane kan ?". Haha. Ayat ni laa yang selalu buat aku senyum balik. Segala bende yang dye cakap akan buat aku bersemangat untuk terus berdikari. Kalau ttbe aku call dye, mesti dye cakap, "kau okay tak ? Aku tau kau tak okay, now tell me why ." Dye macam boleh bace je ape dalam fikiran aku.

A few month after i further my study, she told me that she were engaged soon. Ya allah, alhamdulillah. Finally you met your future husband. Macam tak caye je kawan aku nih dah nak bertunang . i felt very sad because i not attend to the engagement because i had to sit an examination. But when she got married, i attend the ceremony. Paling tak boleh tahan, dye nak jugak aku jadik pengapit dye. Alahai, dah laa aku nih comel sgt kan. Ehem2. Rase nak muntah hijau tak ? HAHA . Sweet giler aku time nih. angguk laa cket.

Even dah ade suami pun, dye tetap tak lupe nak beraya kat umah aku. Terharu sungguh weh . Sekarang nih, my bestie bakal melahirkan baby boy pada awal bulan 12 nih. Oh yeahh, tak sabar rasenye. Cehh, bajet macam aku je yang nak beranak cik aina oii. Kawen pun tak, berangan je lebih. Aku doakan kau selamat ye bestie. Friendship forever.

Pape pun aku rase sangat bertuah sebab ade kawan yang macam dye =)

Monday, November 22, 2010

V o c a t i o n sem 3

Cuti semester baru je bermulaa . Dan aku pun tersangatlah busy terutama mase nak start cuti tuh . Macam2 kene buat . Kemas barang laa , prepare untuk paper last laa . Hmm. Kali nih aku nak cerita pasal vocation aku ngan cik cik tersayang . Vocation kali nih adalah ke Melake . okay, mungkin korang korang sume pelik apesal laa melake jadik lokasinye kan kan. Memang laa dah salu pegi, tapi kau semua tak tahu betapa seronok nye vocation kami kali nih . Maaf terupdate lambat .

Habis je paper RBT 1 , aku ngan cik cik sekalian dah tak sabo2 nak pegi holiday dan kami memulakan perjalanan pada jam 6 petang ye. Lokasi sasaran pertama : Medan ikan bakar di umbai . Matlamat : berjaya dengan cemerlang . Ini disebabkan cik cik sekelian tak sabo2 nak makan . Haha .



Lokasi sasaran kedua : ke pandai dan makan burger . Matlamat : Gagal !! Hal ini disebabkan hujan separuh jalan yang membuatkan cik cik sekelian membuat keputusan untuk ke lokasi seterusnya . Kempunan aku nak makan burger ~~~

Lokasi sasaran ketiga : Rumah suehaiza . Matlamat : Berjaya . Setelah kekenyangan, lokasi inilah yang jadi sasaran kami untuk berehat . Thanks a lot to sue and family sebab memberi pinjam rumah untuk kami berehat . Teringat pada malam tersebut . Cik cik sekelian sangat hebat lah sebab berjaya menentukan sempadan masing masing .

Lokasi sasaran keempat : Zoo Melaka ( tempat aku nak jumpa kaum kerabat aku laa ) . Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Terima kasih kepada cik cik sekalian kerana menemani aku berjumpa kaum kerabatku . Lame jugak laa tak masuk dalam zoo nih . Bayaran sangat berpatutan iaitu RM 7.

Lokasi sasaran kelima : Taman Buaya . Matlamat : Tidak berjaya akibat kekangan masa. Lokasi berubah ke Melaka Wonderland . Sangat sangat best dan tak sabo nak masok. Bayaran agak mahal tapi kira okay laa kot , RM 26 untuk dewase ye . Tapi kalau dah masuk , sangat puas hati . Macam macam yang aku main kat dalam tuh. Paling best laa yang macam flush tuh ngan ape tah namenye yang 1 lagi . Nak tercabut jantung tahu .

Lokasi sasaran keenam : Taman mini malaysia . Mtlamat : tidak berjaya jugak akibat kekangan masa tapi lokasi digantikan ke MCD . okay , eating time ! Rumet aku laa yang makan paling banyak . Ayam , bubur , Mcflurry lagi. Haha . Jangan marah yee rumet . Okay . Kemudian bergambar di hadapan Taman Buaya .

Lokasi sasaran ketujuh : Mydin yang dekat dengan MITC tuh. Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Akibat aku yang terlepas cakap nak pegi Mydin yang beso tuh , aku telah dibahan oleh cik cik sekalian dan atas budi bicara baik mereka, kami berjaya ke lokasi sasaran.

Lokasi sasaran kelapan : GSC Dataran Pahlawan . Matlamat : berjaya . For the first time aku pegi tengok movie midnight . Cerita yang ditengok adelah Death Place . Dan first time aku terasa takot bila tengok cite hantu . Haha. Sebelum tengok wayang, kami pergi makan ke warung berdekatan . Amboi, mahal jugak ye. Nampak je warung tuh macam **** tapi .. Kemudian, lepak di padang main true or dare. Masa ni lah rahsia terbongkar. Hahaha

Lokasi sasaran kesembilan : Bandar melake dan jonker walk. Matlamat : berjaya . Puas berjalan sehingga kepenatan . Dan aku ketiduran apabila berada didalam kereta.

Lokasi sasaran kesepuluh : Muar . Matlamat : gagal kerana kekangan masa. Kempunan lagi nak ke lokasi kejadian n makan mee bandung muar. Lokasi bertukar ke gerai mee racun. Terubat kempunan sekejap . Hehehe

Lokasi terakhir : IPTHO kesayangan cik cik sekalian. Matlamat : Berjaya ! Alhamdulillah. Jam 9 malam 11 Nov kami selamat sampai ke iptho dan bersiap siap untuk menghadapi paper terakhir pada 15 nov dan berkemas kemas untuk cuti semester.

Walaupun vocation kali nih tak lama, tapi ni laa saat yang paling best sebab aku rase aku dah macam orang besar . Cik cik sekalian, kite rancang pulak our vocation untuk next sem. N make sure have a big plan okay. Thanks a lot cik cik sekalian sebab mengubati kesedihan aku .

Thursday, September 2, 2010

Berbuka puasa bersama mereka.

Setelah berbincang bersama semua, maka terlerailah janji antara dua pihak. Semalam, 1 Sept 2010 kami sekelas pergi berbuka puasa beramai ramai. Lokasi : Restoran Serambi Rasa. Menu : Buffet Ramadhan. So, macam macam makanan laa ade. Harga : RM 15.00 Per pax. Mahal ? Bukan duit korang pun kan. Haha.

Kami mendapat khidmat penghantaran pelajar menggunakan kereta yang di pandu oleh Shamil dan Ismail. Dan masa balik pula kereta Ismail di pandu oleh Husna dan Syahmie.

Bertolak dari maktab janjinya pada pukul 5.30 petang. Tapi biasa lah kan. Janji melayu laa katakan. Pukul 6 petang baru bertolak.

Pelbagai juadah yang disediakan dalam menu Buffet Ramadhan. Paling gembira bila melihat budak lelaki yang makan banyak. Sapekah ? Haha. Teka teka..

Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat maghrib dan pergi ke dataran. Malangnya .. Kereta yang dipandu oleh Husna terkandas di tengah jalan. Ulang sekali lagi. Di tengah jalan. Sebabnya kereta tersebut kehabisan minyak. Tapi mereka bernasib baik kerana moto yang ditunggangi oleh Nizam dan Rafi berada tidak jauh dari mereka. Kami menunggu hampir setengah jam di tepi jalan untuk menunggu berita tentang kereta yang dipandu oleh Husna. kecuakan mereka terserlah setelah aku menelefon salah seorang daripada mereka dan aku dapat agak riak suara mereka. Kasihan sungguh kan.

Kami meneruskan perjalanan ke dataran ( BP walk ) . Di dalam kereta, pelbagai cerita dan gelak ketawa lagi lagi bila mengenangkan tentang kereta tersebut.

Sesudah sampai ke BP walk, kami berjalan jalan dan atas jasa baik K.O kami, beliau belanja kami minum. Terima kasih ye Nizam. Tepat pukul 11 malam, kami bergerak pulang ke maktab.



p/s : di tengah jalan bukan bermaksud kereta tuh berhenti di tengah2 jalan raya tapi di pertengahan jalan ye. harap maklum.

Friday, June 25, 2010

moment.

Aha. Cuti sem pun dah nak abez. So, rutin aku sebagai 'bibik' kat umah nih pun bakal berakhir. Kenapa 'bibik' ? Tanya laa adek2 aku. Mereka yang menggelarkan aku begini. Haha. Aku tak kesah. Em. Isnin nih start laa rutin biasa bagi aku sebagai seorang pelajar. Tambahan lak, ada junior PPISMP baru yang bakal mendaftar pada hari tersebut. Oh man! Aku dapat junior???

Minggu tuh jugak (insyaallah) result final exam sem 2 bakal keluar. Hopefully aku dapat capai target iaitu 3.50. Berdebar-debar aku menantikan keputusan itu.

Anyway, aku nak cakap, pade 23 JUn 2010, aku ngan opie pegi amek sijil spm kat TTJ. Jumpa jugak laa pak guard kesayangan dulu2 n cikgu2. Paling kelakar laa, ramai cikgu tak caye aku adalah bakal cikgu. Nak wat camne, tu je rezeki aku.

Cikgu Amran (cikgu math mode aku mse kt TTJ dulu) memang salu pesan kat aku, jangan jadi cikgu. Dan aku pun tataw kenape. Dan tiba2 aku jumpa dye n gtw yang aku masuk maktab, dye cakap balik, "kan saya dah cakap, awak nih jangan jadi cikgu. Awak degil kan. Tak nak dengar cakap saya". Haha. Cikgu2.