: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Monday, November 22, 2010

V o c a t i o n sem 3

Cuti semester baru je bermulaa . Dan aku pun tersangatlah busy terutama mase nak start cuti tuh . Macam2 kene buat . Kemas barang laa , prepare untuk paper last laa . Hmm. Kali nih aku nak cerita pasal vocation aku ngan cik cik tersayang . Vocation kali nih adalah ke Melake . okay, mungkin korang korang sume pelik apesal laa melake jadik lokasinye kan kan. Memang laa dah salu pegi, tapi kau semua tak tahu betapa seronok nye vocation kami kali nih . Maaf terupdate lambat .

Habis je paper RBT 1 , aku ngan cik cik sekalian dah tak sabo2 nak pegi holiday dan kami memulakan perjalanan pada jam 6 petang ye. Lokasi sasaran pertama : Medan ikan bakar di umbai . Matlamat : berjaya dengan cemerlang . Ini disebabkan cik cik sekelian tak sabo2 nak makan . Haha .



Lokasi sasaran kedua : ke pandai dan makan burger . Matlamat : Gagal !! Hal ini disebabkan hujan separuh jalan yang membuatkan cik cik sekelian membuat keputusan untuk ke lokasi seterusnya . Kempunan aku nak makan burger ~~~

Lokasi sasaran ketiga : Rumah suehaiza . Matlamat : Berjaya . Setelah kekenyangan, lokasi inilah yang jadi sasaran kami untuk berehat . Thanks a lot to sue and family sebab memberi pinjam rumah untuk kami berehat . Teringat pada malam tersebut . Cik cik sekelian sangat hebat lah sebab berjaya menentukan sempadan masing masing .

Lokasi sasaran keempat : Zoo Melaka ( tempat aku nak jumpa kaum kerabat aku laa ) . Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Terima kasih kepada cik cik sekalian kerana menemani aku berjumpa kaum kerabatku . Lame jugak laa tak masuk dalam zoo nih . Bayaran sangat berpatutan iaitu RM 7.

Lokasi sasaran kelima : Taman Buaya . Matlamat : Tidak berjaya akibat kekangan masa. Lokasi berubah ke Melaka Wonderland . Sangat sangat best dan tak sabo nak masok. Bayaran agak mahal tapi kira okay laa kot , RM 26 untuk dewase ye . Tapi kalau dah masuk , sangat puas hati . Macam macam yang aku main kat dalam tuh. Paling best laa yang macam flush tuh ngan ape tah namenye yang 1 lagi . Nak tercabut jantung tahu .

Lokasi sasaran keenam : Taman mini malaysia . Mtlamat : tidak berjaya jugak akibat kekangan masa tapi lokasi digantikan ke MCD . okay , eating time ! Rumet aku laa yang makan paling banyak . Ayam , bubur , Mcflurry lagi. Haha . Jangan marah yee rumet . Okay . Kemudian bergambar di hadapan Taman Buaya .

Lokasi sasaran ketujuh : Mydin yang dekat dengan MITC tuh. Matlamat : Berjaya dengan cemerlang . Akibat aku yang terlepas cakap nak pegi Mydin yang beso tuh , aku telah dibahan oleh cik cik sekalian dan atas budi bicara baik mereka, kami berjaya ke lokasi sasaran.

Lokasi sasaran kelapan : GSC Dataran Pahlawan . Matlamat : berjaya . For the first time aku pegi tengok movie midnight . Cerita yang ditengok adelah Death Place . Dan first time aku terasa takot bila tengok cite hantu . Haha. Sebelum tengok wayang, kami pergi makan ke warung berdekatan . Amboi, mahal jugak ye. Nampak je warung tuh macam **** tapi .. Kemudian, lepak di padang main true or dare. Masa ni lah rahsia terbongkar. Hahaha

Lokasi sasaran kesembilan : Bandar melake dan jonker walk. Matlamat : berjaya . Puas berjalan sehingga kepenatan . Dan aku ketiduran apabila berada didalam kereta.

Lokasi sasaran kesepuluh : Muar . Matlamat : gagal kerana kekangan masa. Kempunan lagi nak ke lokasi kejadian n makan mee bandung muar. Lokasi bertukar ke gerai mee racun. Terubat kempunan sekejap . Hehehe

Lokasi terakhir : IPTHO kesayangan cik cik sekalian. Matlamat : Berjaya ! Alhamdulillah. Jam 9 malam 11 Nov kami selamat sampai ke iptho dan bersiap siap untuk menghadapi paper terakhir pada 15 nov dan berkemas kemas untuk cuti semester.

Walaupun vocation kali nih tak lama, tapi ni laa saat yang paling best sebab aku rase aku dah macam orang besar . Cik cik sekalian, kite rancang pulak our vocation untuk next sem. N make sure have a big plan okay. Thanks a lot cik cik sekalian sebab mengubati kesedihan aku .

1 cik cik comel:

amniey91 said...

lambat tol post yg ni...hehehe...trnanti2 taw...:)