: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Thursday, September 2, 2010

Berbuka puasa bersama mereka.

Setelah berbincang bersama semua, maka terlerailah janji antara dua pihak. Semalam, 1 Sept 2010 kami sekelas pergi berbuka puasa beramai ramai. Lokasi : Restoran Serambi Rasa. Menu : Buffet Ramadhan. So, macam macam makanan laa ade. Harga : RM 15.00 Per pax. Mahal ? Bukan duit korang pun kan. Haha.

Kami mendapat khidmat penghantaran pelajar menggunakan kereta yang di pandu oleh Shamil dan Ismail. Dan masa balik pula kereta Ismail di pandu oleh Husna dan Syahmie.

Bertolak dari maktab janjinya pada pukul 5.30 petang. Tapi biasa lah kan. Janji melayu laa katakan. Pukul 6 petang baru bertolak.

Pelbagai juadah yang disediakan dalam menu Buffet Ramadhan. Paling gembira bila melihat budak lelaki yang makan banyak. Sapekah ? Haha. Teka teka..

Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat maghrib dan pergi ke dataran. Malangnya .. Kereta yang dipandu oleh Husna terkandas di tengah jalan. Ulang sekali lagi. Di tengah jalan. Sebabnya kereta tersebut kehabisan minyak. Tapi mereka bernasib baik kerana moto yang ditunggangi oleh Nizam dan Rafi berada tidak jauh dari mereka. Kami menunggu hampir setengah jam di tepi jalan untuk menunggu berita tentang kereta yang dipandu oleh Husna. kecuakan mereka terserlah setelah aku menelefon salah seorang daripada mereka dan aku dapat agak riak suara mereka. Kasihan sungguh kan.

Kami meneruskan perjalanan ke dataran ( BP walk ) . Di dalam kereta, pelbagai cerita dan gelak ketawa lagi lagi bila mengenangkan tentang kereta tersebut.

Sesudah sampai ke BP walk, kami berjalan jalan dan atas jasa baik K.O kami, beliau belanja kami minum. Terima kasih ye Nizam. Tepat pukul 11 malam, kami bergerak pulang ke maktab.



p/s : di tengah jalan bukan bermaksud kereta tuh berhenti di tengah2 jalan raya tapi di pertengahan jalan ye. harap maklum.

0 cik cik comel: