: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Thursday, October 14, 2010

Futsal match

Semalam berlangsungnya amali gerkoi kami iaitu perlawanan persahabatan futsal antara kumpulan kami, RBT PPISMP SEM 3 dengan senior kami, PJ PISMP SEM 2. Perlawanan ini berlangsung di court Futsal pada jam 3 petang. Perlawanan dimulakan oleh pasukan perempuan.



perlawanan ini mengambil masa selama 15 minit, iaitu 7-1-7. Semangat Kumpulan kami tidak pernah luntur walaupun terpaksa menentang pasukan lawan yang tak kurang hebatnya. Kedudukan ahli pasukan kami, centre (aku ), wing ( pikot dan sue ), defend ( saren, amni, hajar dan shila ), keeper ( husna ). Walaupun bersemangat lebih, malang buat kami apabila terpaksa tewas 2-0 kepada pasukan lawan. Itu pun atas kecuaian teknikal yang tak disengajakan. Terima kasih kepada keeper kami kerana kau memang terbaik lah ! Banyak keganasan yang berlaku dalam perlawanan ini tapi takpe laa. name pun main kan. Kami akhiri perlawanan ini dengan beristighfar banyak banyak. Ni pun Keeper yang ajar. HAHA

Perlawanan diteruskan dengan pasukan lelaki. Kedudukan aku tak berapa ingat sebab banyak kali tukar. Tapi striker yang jadi tumpuan adalah Rafi dan Din Bayam. Keeper pulak Syahir, Aswadi Dan Rafie. Bagi pasukan lelaki pula, kemenangan adalah seri iaitu 4-4. Walaubagaimanapun, aku tetap rasa kemenangan berpihak kepada pasukan lelaki kelas kami kerana berjaya menjaringkan gol pada awal permainan dan masing masing tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah diucapkan.




p/s : sempat lagi terhantuk kepala masa main. HAHA

0 cik cik comel: