hampir-hampir 3 bulan jugak tak update blog . Sibuk .
Kali ni update blog untuk berkongsi resipi CHEESE TART yang telah diubah suai sikit yang boleh gunakan pelbagai jenis filling .
Selamat Mencuba :)
FIRST , kita buat shell dia dulu . gunakan bahan-bahan di bawah
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170 Cselama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Makesure shell ni tak hangus ye . Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan untuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri. Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
pssst ; gunakan butter untuk mendapatkan tekstur shell yang lembut dan saya prefer menggunakan jem apple untuk mendapatkan kelainan pada resipi ini.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz C
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Terdapat pelbagai jenis cream cheese yang berada di pasaran dan untuk menjimatkan kos, saya syorkan guna Tatura Milk cream cheese . Harga dalam lingkungan Rm 7.50.
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan cream cheese ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
untuk kelihatan cantik menawan, lorekkan warna ke atas cheese tadi menggunakan lidi pencungkil gigi mengikut kreativiti anda .
kemudian, Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba!

.jpg)

0 cik cik comel:
Post a Comment