: }
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Mintak kelik sini ye :)

" " "

WARNING !!!

The contents are from the owners mouth and heart that have no INSURANCE . My blog , my rules . Not your rules . Thank you


Friday, April 15, 2011

BIG - part 1

salam semua ! aku tersangat bersyukur sebab minggu assigment sudah pun berakhir. Minggu untuk stay up sampai pagi2 bute pun berakhir buat sementara. So, aku nak curik kesempatan nih nak update belog kesayangan yang aku rase agak terabai lately.

Entri kali nih aku nak cerita pasal BIG . Ape tuh BIG ? Bukan panggung wayang taw, tapi short name bagi BINA INSAN GURU. Memandangkan kelas aku ni selalu bernaseb 'baik' je kann, ktorang pun dijadualkan untuk menjalankan BIG siri ke-6. setelah beberapa kali tertunda akibat masalah yang tak patut jadi sebab.

BIG untuk kali nih dibuat di Telok Gorek Camp Site and Chalet, Mersing. Selama 4 hari 3 malam. Apa yang kami buat kat sane ? Forsure laa macam2 kan. Dah nama pun nak bina insan guru, terbina ke?tettt .

Aktiviti paling best : water confident. berkayak n kembara gunung arung.

memandangkan aku dah tak pegi camping hampir 4 tahun, jadi sangat teruja lah kann dapat pegi BIG nih.

Mengimbau kenangan perjalanan pergi :

- sorang daripada rakan kami menunjukkan semangatnya yang tinggi apabila jeritan semangatnya turut dilontarkan kepada pemandu bas ketika bas yang kami naiki ingin memotong lori. akibat daripada itu, aku yang sedang nyenyak dibuai mimpi, turut terjaga apabila mendengar jeritan yang penuh semangat tuh.

- pasangan bahagia, sue dan amni terkena 'kentut' yang dilepaskan secara sengaja oleh sebuah lori straight ke muka mereka ketika bas berada di traffic light,

setelah hampir 2 jam lebih bertarung dengan liku-liku perjalanan menaiki bas yang macam roller coster tuh, akhirmya kami tiba di destinasi .

1 cik cik comel:

Kay Masingan said...

teringat time BIG dulu..paling best kayaking la..:)