setelah sampai di destinasi, kami menjamu selera di tepi pantai. Syok woo . Lepas dah settle makan ngan solat, kami diberi taklimat ringkas, pembahagian kumpulan dan memasang khemah. Secara rasminya aku diletakkan di dalam kumpulan 4 dan aku pun dah lupe brape ramai ahli kumpulan aku sebenarnye. Untuk khemah pulak, 3 orang peserta perempuan diletakkan dalam 1 khemah. Dan siri kami juga sangat bernasib baek sebab dapat mendirikan khemah betul2 di tepi pantai. Sumpah best giler. Siri lain takde pun dapat macam nih okay. Jangan jeles.
malam LDK 1, ade aktiviti mengenal tarikh lahir n asas bantu mula. Banyak perkara yang aku dapat belajar daripada aktiviti nih. Kejelikitan juga terjalin semasa LDK ini. Siyes weh, tak tipu.
Hari kedua.
Pagi2 lagi dah start aktiviti kembara Gunung Arung. Malang buat kami apabila terpaksa meredah hujan yang sekejap ade sekejap tade. Tapi aku tak salahkan hujan sebab dah hujan nak turun kan, rezeki laa namenye tuh. Satu kembara yang best tapi sangat memenatkan. Masa nak naik gunung, aku rase dah macam nak tercabut dah tulang sendi aku nih. bila dah sampai puncak, lega teramat. Cantekk. Bila turun pulak, pelbagai halangan yang terpaksa aku hadapi seperti jalan yang licin. Maklumlahh. Kan hujan. Dah sampai nak jatuh tergolek je aku rase. Perjalanan pergi amek masa dekat 3 jam jugak laa tapi bila balik hanya 2 jam kott. Dah sampai bawah, kami memasak. Dan Ustaz menunjukkan cara mengesan arah kiblat.
Apa yang kami masak adelah nasi, sayur, ikan sardin dan telur. Memandangkan aku mengambil subjek RBT, jadi tiada masalah untuk menyediakan apa yang di bagi. (bajet je wehh). Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan dan melaksanakan tugasan terakhir iaitu mengaplikasikan asas bantu mula yang telah diajar pada malam sebelum ini. Dan aku telah menjadi salah satu model yang mewakili kumpulan kami untuk melakukan aktiviti ini. Model2 yang telah disiapkan perlu dibawa ke tapak perkhemahan kami untuk diperiksa.
Pada malam pula, LDK kerjaya dilaksanakan. Dan setelah semua aktiviti tamat, kami tidak lupa untuk menjalankan kewajipan berjaga malam (padahal aku sendiri dah tewas dalam mimpi). hehe








0 cik cik comel:
Post a Comment